Tuesday, January 31, 2012

pemikiran abe rama-rama

Sesungguhnya aku kagum akan abe rama-rama - pokoknya segala-galanya tentang abe rama-rama aku suka, kecuali dia sudah menyepikan diri.

Baru-baru ini, aku dapati tulisan abe rama-rama dalam FB mengandung pemikiran yang hampir sama seperti diriku dari aspek pembakaran mercun dan bunga api sewaktu CNY, dan hal yang berkaitan isu alam.

I wish one day e-billing would become a default (save cost as well, user could be charge RM3 per itemized bill), eliminate atm receipt, lots of trees could be saved, less jobs by mr postman
11 hours ago near Kampong Tabuan · (31 Jan 2012)

...........

Benar, negara kita demokrasi, rakyat bebas menyambut perayaan masing-masing, tetapi bertanggungjawablah ke atas kertas mercun yang dibakar. Semarakkan semangat muhibbah dan toleransi di negara ini.
Unlike · · Share · Monday (30 Jan 2012) at 8:42pm near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ·

You and 5 others like this.
Che Khalwani: kertas mercun is nothing compared to the sound it produced beforehand...u feel like u r in a war zone...
Monday at 9:01pm · Like · 1
Abe Rama2: once in a year kak wani, plus it makes their raya meaningful, it oso the way we used to celebrate our raya, but pity the sleepy baby.. however i still can tolerate must but have some respect and responsibilities.. i really enjoy firecracker at 12am night before cny at kuching this year, but once again its environmental issue and waste of money in the name of fun
Monday at 9:16pm · Unlike · 1
Che Khalwani: Its fun to watch if u don't hv babies at home...Thank God it happens only once a year. At my place Raya is so peaceful... no sound of the mercun ...
Monday at 9:27pm · Like
be Rama2: just a quick one, bunga api we call fireworks and mercun as firecracker?
Monday at 9:30pm · Like
Che Khalwani: The red n long one is the firecracker or mercun...my dear neighbour 3-4 of them using crane...u imagine how long it will take to finish...my other neighbour siap buat satu tiang bendera utk gantung benda tuh...finish with the firecracker thay start with the bunga api or firework... they look nice but the sound is deafening ....
Monday at 9:34pm · Like
Abe Rama2: owh gosh, i cant imagine get close to those, i just see n listen far2 away, now its in ur neigbourhood (now i understand)
Monday at 9:37pm · Like

.............

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar @ mesra alam. Segala-galanya terpulang kepada diri kita sama ada mahu ataupun tidak. Di sekolah sahaja, aku dapati banyak pembaziran yang dilakukan oleh guru. Mungkin kerana tempat duduk aku yang berdekatan dengan mesin fotostat, maka akulah manusia yang paling tahu tentang pembaziran yang dilakukan. Sekiranya tersalah fotostat, guru-guru akan cenderung untuk merenyukkan kertas dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Pernah aku sediakan kotak untuk mengumpul kertas-kertas kitar semula, tetapi dijadikan pula sama seperti tong sampah. Kertas-kertas direnyukkan dalam bentuk bebola lalu dicampakkan ke dalam kotak itu. Kertas-kertas itu sebenarnya boleh lagi diguna pada halaman yang kosong, sama ada untuk membuat catatan sementara dsb. Setidak-tidaknya, dikumpul untuk diderma kepada badan kebajikan yang mengumpul barangan kitar semula.

Aku sedar terlalu sukar untuk mengubah mentaliti orang lain. Sekurang-kurangnya aku termasuk dalam kategori yang punya kesedaran tentang kepentingan mengitar semula dan penjagaan alam walaupun dalam banyak aspek aku harus akur dengan kehidupan moden dan turut menyumbang kepada pencemaran alam. Dan kerana taksub dengan isu alam, rumahku kadangkala ibarat stor barangan kitar semula (untuk sementara sehingga lori kitar semula datang mengumpulnya).

Pernah apabila aku mengajukan idea mengitar semula kepada anak muridku, ada yang bertanya sama ada melakukannya untuk mendapatkan wang. 1 sen pun aku tidak dapat, tetapi aku rasa sangat-sangat bersyukur seandainya barangan yang boleh dikitar semula itu sampai kepada pihak yang dapat menguruskannya. PK1 yang menguruskan program kitar semula telah berpindah ke SMK Asyakirin , menjadi Pengetua di sana. Selepas ini, nampaknya akulah yang harus memastikan kelangsungan program ini dan terus berhubung dengan badan kebajikan yang menguruskannya.

Berkenaan isu pembakaran mercun dan bunga api terutamanya semasa perayaan CNY, sejak dahulu aku memang agak menentang budaya ini walaupun aku agak suka menyaksikan keindahan bunga api. Alasan aku:

1. pembaziran wang. Setiap letupan mercun atau bunga api menandakan terbakarnya wang. Lagipun harganya tidaklah murah.

2. faktor ketenteraman. Bunyi kuat yang berterusan memang membingitkan telinga dan juga mengganggu ketenteraman kawasan setempat, selalunya memberikan kejutan yang besar. Tahun ini, di Kuching, bunyi letupan bunyi api mengejutkan aku...terasa seolah-olah bunyi bom yang meletup. Aku tidak dapat membayangkan ketakutan yang menghantui diriku sekiranya aku hidup dalam suasana peperangan.

3. faktor keselamatan. Setiap kali musim perayaan, pasti ada kisah tragis akibat bermain mercun atau bunga api, tetapi nampaknya manusia memang tidak serik-serik sehinggalah dirinya sendiri menjadi hero kisah tragis itu. Dalam sambutan CNY di Sabah pada tahun ini, kepala seorang lelaki hancur akibat letupan bunga api yang disangkanya tidak berfungsi.

Kesimpulannya, amalan budaya dan kepercayaan adalah berdasarkan kehendak individu. Kita sendiri yang menentukan kehidupan kita.



1 Feb 2012
8.06am

Wednesday, January 25, 2012

Dakaplah Aku

langit miaoww
menangis dan terus menangis
lebatnya air mata
kedinginan menembus sumsum

hatiku hujan
tkenang si dia yg tcinta
ke manakah harus kucurah
rindu yg mencengkam

dakaplah aku
dengan kasihmu
agar sekujur tubuh ini
tidak terus membeku
dalam sepi

Tun Jugah Mall - Kuching
25 Jan 2012
9.14am

Tuesday, January 17, 2012

andai cinta dosa

Andainya cinta itu dosa
maka akulah manusia yang paling berdosa terhadapmu
dan kerana itu
layaklah kau membenci
rimas
lantas membatukan diri.

Tak perlu keangkuhan itu
hanya untuk membuat aku mengerti
sejak awal kusedar hakikat
engkau merak di kayangan
aku pula gagak yang tersisih.

Apapun yang kurasa
engkau tiada hak menentukan
sekalipun engkau dingin
sebesar bongkah ais di kutub utara
tetap tidak mampu
membekukan perasaanku.

Cacilah aku
sisihkan aku
atau cubalah lenyapkan dirimu dari duniaku
aku tetap dengan rasaku
engkau tidak dapat berbuat apa
muktamad bertakhta dalam hatiku.

Kebisuanmu
keegoanmu
tidak mampu mengalahkan
tulusnya cintaku
dengan bangga
akan kucanang ke seluruh dunia
aku wirawati
tetap tidak mati
biarpun berkali-kali kaubunuh.

Benar, aku bukan pilihanmu
betapa diriku tidak sempurna
namun aku yakin
tiada wanita lain
sedalam cintaku kepadamu.

Siapapun pilihanmu
kudoa engkau berbahagia selamanya
terima kasih
mencintaimu pengalaman terindah hidupku.


16 Jan 2012
22.09pm

Sunday, January 15, 2012

benih cinta

setiap kali terlihat anak-anak
di mana-mana pun
begitu tergoda diri ini
memeluk
mencium
dan mendukung
setidak-tidaknya dengan lirikan mata penuh harapan

anak-anak comel
betapa bahagianya insan bergelar ibu dan ayah
memperoleh buah cinta yang sempurna

setiap kali terpandang wanita berbadan dua
tidak mampu menepis rasa cemburu
alangkah bahagia
andai aku dia

betapa aku ingin
mempunyai benih cinta
dalam rahimku ini


16 Jan 2012
9.01am

aku bukan malaikat

penantian sepi
kecewa terus berlagu
cintaku hanyalah sia-sia
dia tidak mengerti
dia tidak mahu terima
dan kini dia tetap berdiam diri

aku bukan malaikat
yang mulia memberi cinta
aku juga punya keinginan
mendamba cintamu

telah sempurna perkongsian
tiada yang perlu lagi
maka terbanglah engkau
tinggi setingginya
mengejar impianmu
aku yang masih di sini
tetap doa kebahagiaanmu
kesejahteraanmu
kejayaanmu

benar, cinta tidak semestinya bersatu
cinta bererti merelakan engkau memilih jalan hidupmu
sekalipun di jalanmu itu
tiada aku

terima kasih rama-rama
atas kenangan lalu
pernah kucicip nikmat bahagia
masih kupasang angan-angan
namun hakikat meroboh segalanya




15 Jan 2012
6.43am

Saturday, January 14, 2012

syahdunya rasa

sekian lama menaruh sayang
rindu tak berpenghujung
sepi dan sesekali muncul
kini kau tak sudi lagi
ya Tuhan
barulah aku tersedar dari mimpi panjang
aku hanyalah badut
kebodohanku menjadi tawamu
perlukah keangkuhan itu
semata-mata untuk membuat aku mengerti
cintaku ditolak ke tepi
kau tak sudi
dan sepimu kini selama-lamanya



14 Jan 2012
9.54pm

Friday, January 6, 2012

pertemuan

Pertemuan pada 6 Jan 2012 di hadapan sebuah pasar raya kegemaranku telah melerai rindu, melerai persoalan, melerai kegusaran hati...

Syukurlah... Niat hati untuk memberi buku dan hadiah telah terlaksana. Tanpa kuduga, dia rupa-rupanya turut menyediakan hadiah untukku. Aku terima dengan rasa gembira dan mengucap terima kasih.

Pertemuan tidak melebihi 10 minit. Kata-kata diselang sepi bicara, pandangan mata yang bertaut, dan senyuman. Ketika dia harus percaya, kuucap 'bye' tanpa menatap wajahnya lalu melangkah pergi (kuatkan diri untuk tidak menoleh ke belakang) masuk ke dalam pasar raya.

Aku sangka diriku cukup kuat kalau dilihat pada performance diriku ketika berhadapan dengannya. Aku tewas kepada perasaannya yang begitu sebak apabila perpisahan itu harus terjadi. Sambil menggenggam hadiah comel itu (kerongsang mutiara), aku menelefon Z tetapi tidak dapat banyak berkata-kata kerana hujan mulai gugur dan aku tidak mahu empangan pecah di tempat umum.

Dalam rasa gembira, ada juga rasa haru. Terima kasìh kerana dia merealisasikan pertemuan itu. Singkatnya pertemuan kerana dia ada urusan penting, lagipun dia segera datang kerana tidak mahu aku lama tertunggu-tunggu kedatangannya.

Terima kasih atas kesudiannya.


7 Jan 2012
11.56am

Monday, January 2, 2012

first love

Petang semalam aku pasang lagu First Love (nyanyian Utada Hikaru) dan mendengarnya secara berterusan. Lagu kegemaran abe rama2 menjadi lagu kegemaranku juga, selain lagu Jangan Menyerah (D'Masiv) yang pernah dihadiahkan oleh abe rama2 pada bulan Jun 2011.

Nancy kata lagu First Love itu ialah lagu tema bagi drama Jepun, kisah cinta seorang guru dan pelajar lelakinya. Nancy pernah memberitahu aku tentang drama itu.

Lantas aku bertanya tentang pengakhiran kisah drama itu - kisah cinta itu. Nancy kata dia tidak sempat tonton sehingga tamat, tapi rasanya no happy ending.

Sukar untuk dimengerti, tapi kesukaan abe rama2 sudah mula menjadi kesukaanku termasuk warna purple. Aku juga mencintai rama2, apa-apa sahaja, kerana ada tatu rama2 dalam hati - tak akan terpadam, tak akan luput.


3 Jan 2012
6.37am

Sunday, January 1, 2012

Cinderella

Dapat berita buruk daripada keluarga. Memandangkan status diri yang belum berkeluarga, maka aku diharapkan untuk membantu sedangkan aku sendiri pun tiada daya.

Apabila difikir-fikir, ternyata aku sebenarnya tidak layak untuk sesiapa pun. Siapalah yang akan sudi. Aku sendiri pun lebih rela membujang daripada menerima orang yang bukan pilihanku.

Masalahnya, pilihanku itu tidak ditakdirkan untuk diriku. Bukan pesimis, bukan berfikiran negatif... tapi aku sedar prince charming tidak mungkin memilih aku sebagai ratu. Selama-lamanya aku hanyalah cinderella bahagian 1 - berkhidmat untuk keluarga. Tiada babak kedatangan prince charming.

Abe rama-rama ialah prince charming itu yang hanya mampu aku tatap dan puja dari kejauhan.


2 Jan 2012
12.23pm

rama-rama kusayang

Ingatan terhadap rama-rama begitu kuat sekalipun begitu ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini...

Pagi ini mesyuarat guru yang pertama. Ada guru baharu. Ramai guru dah berpindah ke sekolah lain. Perubahan demi perubahan berlaku setiap hari tapi satu perkara tetap sama - rasa sayang akan rama-rama masih begitu mekar...


2 Jan 2012
10.01am

pantas masa berlalu

Pantasnya masa berlalu... Inilah kehidupan. Segala-galanya sekejap cuma.

Andai aku dapat memutar masa, ingin aku kembali ke tahun 2009. Teringat betapa manisnya mesej yang bertalu-talu daripada si dia pada awal perkenalan. Mesej yang begitu kudamba, tapi kini begitu dingin sekali.

Inilah kehidupan... Betapa kaki ini harus melangkah dalam meneruskan hidup biarpun dalam keterpaksaan, dalam kepayahan.

Aku tidak mengerti sama ada peluang itu pernah hadir atau aku sendiri yang perasan tanpa mengukur baju di badan. Bagaimanakah dapat kufahami kata-kata simbolik itu?

Memang benar aku pernah cuba melenyapkan anganku lantas cuba menjauhkan diri. Namun begitu, pada hakikatnya aku masih terus hidup dengan ingatan dan rindu pada setiap hari. Bagaimanakah mungkin aku dapat melupakan rama-rama teristimewa dalam hidupku yang aku julang di takhta hatiku?

Aku hanyalah insan biasa, wanita biasa dengan segala kekurangan diri. Aku sedar aku hanyalah gagak yang mencipta angan untuk menumpang teduh pohon kasihmu. Sekalipun gagak, ia tetap makhluk Tuhan yang punya perasaan dan mahu sebuah kehidupan seperti yang diimpikan.

Adakah bersalah seandainya mencipta impian?

Berdosakah sekiranya jatuh cinta kepada seseorang yang sangat istimewa yang Tuhan hadirkan dalam hidup ini?

Apakah gagak hitam yang hodoh tidak layak untuk mendapat cinta?

Gagak merayu dengan titis air mata:
~ kembalikan hatiku andai kau menolaknya
~ balaslah kasih ini dengan salam persahabatan
~ hiduplah bahagia demi aku
~ ingatlah, aku sentiasa ada tika kau memerlukan

1 Jan 2012
10.42pm