Tuesday, September 25, 2012
Cintaku di Grand Continental
Catatan dimulakan pada 23 Sept 2012, 1.30pm di Kuching International Airport.
Semalam sebelum pukul 8.00 malam, ketika aku dan Z mengintai kek di lobi hotel, tetiba ada satu tangan yang menyentuh lenganku pada saat aku masih menunduk memerhatikan jenis kek yang ada . Begitu mendadak sehinggakan aku tidak pasti sama ada orang itu ada berkata ‘hai’ ataupun tidak. Pandanganku bermula dari kaki… berseluar panjang…lelaki. Dalam hatiku.. ‘aku kenalkah lelaki ini’. Sehinggakan apabila menatap wajahnya… aku masih terasa kosong… langsung tidak dapat mengingat ataupun berfikir… untuk beberapa saat lamanya aku terkaku. Antara mimpi dan realiti…
(Pertemuan 1)
Wajah itu… wajah tampan itu…. Ya Tuhan, rupa-rupanya dia ialah Az. Dia bertanya tentang kursus yang aku hadiri. Aku juga bertanya tentang kursusnya walaupun ketika di luar pintu masuk hotel ada terpampang notis tentang kursus-kursus yang sedang diadakan…dan aku ada ternampak kursus diploma antarabangsa PJ. Dalam hatiku mengatakan bahawa Az mungkin mengikuti kursus tersebut walaupun sebenarnya aku sama sekali tidak pasti. Aku pernah ternampak update kat FB yang menyatakan rasa kesalnya kerana kursus diploma antarabangsa PJ hanya diadakan di Kuching sedangkan bumi Sarawak begitu luas. Aku sangka Az tidak jadi mengikuti kursus itu. Memandangkan kursus itu berkaitan dengan PJ, mungkin Az ada kerana tahun lepas dia juga mengikuti kursus PJ di Sabah… tambahan opsyen.
Pada tengah hari Jumaat (21 Sept 2012) aku ada ternampak update kat FB Az yang menyatakan bahawa dia check-in Hotel Grand Continental, Kuching 18 jam yang lalu. Hal ini bermaksud bahawa dia telah berada di situ sejak hari Khamis. Kuharap dia masih berada di sana apabila aku berkursus di situ pada hari Sabtu dan Ahad. Bagaimanapun, aku tahu aku tidak boleh terlalu berharap kerana belum pernah ada pertemuan dengannya walaupun kami sama-sama menetap di Bintulu – tidak pernah tertemu satu sama lain.
Saat itu, dia sudahpun berada di hadapanku. Detik yang begitu kudamba sebelumnya… tapi pada ketika itu aku menjadi begitu kaku… begitu kelu… begitu gemuruh… Sewaktu makan tengah hari di Sarawak House, Z kata ada ada satu kumpulan yang memakai track suit.. katanya tentu kumpulan Az dan Az tentu ada dalam kalangan mereka. Entah mengapa aku menjadi begitu gementar… walaupun belum lagi ternampak diri Az. Tanganku menggeletar ketika mengambil makanan. Memang aku dambakan pertemuan dengan dirinya tetapi aku terlalu gementar untuk menghadapi saat pertemuan itu. Sehingga habis makan dan balik ke bilik hotel, aku tetap tidak nampak dia. Mungkinkah dia sememangnya tidak lagi berada di hotel itu? Setiap kali masuk atau keluar dari lif, betapa aku berharap dapat menatap lagi dirinya…
Kini, dia berada di hadapanku dan tetap begitu kacak seperti dulu. Malah lebih kacak daripada yang kugambarkan sewaktu makan tengah hari. Wajahnya begitu berseri-seri… begitu bersih daripada segala noda.
Kemudiannya, dia berlalu… Aku bertanya ‘ada kursus lagi?’ untuk malam itu. Aku tidak tersebut namanya kerana gugup… mungkin juga terlalu sukar untuk percaya realiti yang muncul di hadapanku. Betapa saat itu tidak pernah pun wujud sepanjang tempoh 3 tahun aku mengenali dan menyayangi dirinya. Dia lalu menoleh ke belakang dan menjawab ‘ya’. Aku memberikan lambaian kecil kepadanya… melihat dia melangkah keluar dari pintu utama hotel… tetapi aku tidak pasti sama ada dia nampak ataupun tidak. Aku terkaku.. kelu lidah… dan perasaanku berkocak kuat. Aku hampir-hampir terlupa tujuan asalku hendak membeli kek keju. Tidak sabar-sabar untuk memberitahu Z yang berada di sebelahku tentang ledakan perasaanku.
Semalaman aku tidak dapat tidur. Perasaanku bercampur baur – gembira.. terharu… Rasa begitu terharu melihat dirinya, apatah lagi dia datang mendekati dan menegurku.
Ketika breakfast pagi tadi, aku cuba intai-intai dirinya tapi tidak ketemu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari ruang makan, Z kata ada ‘dia’. Aku menoleh kiri dan kanan tetapi tidak nampak dia. Beberapa kali Z kata ada dia tetapi memandangkan aku tidak nampak dirinya maka aku sangka Z mengusik aku – sebab dia tahu aku akan berasa sangat gementar apabila hadirnya Az.
(Pertemuan 2)
Turun dari bilik untuk menuju ke dewan kursus, aku mengintai ruang makan. Aku ternampak dia duduk di meja pertama pintu masuk dan juga menghadap ke arahku. Aku nampak dia tersenyum – mungkin senyuman itu ditujukan kepada rakannya yang duduk bertentangan dengannya – tetapi adalah lebih baik sekiranya aku menganggap senyuman itu ditujukan kepadaku – agar aku boleh tersenyum bahagia.
(Pertemuan 3)
Lama juga duduk di lobi menanti tempahan sambal laksa Sarawak sampai untuk dibawa ke Pulau Pinang bulan Oktober nanti sebagai ole-ole untuk kawan-kawan di sana. Dan juga masa untuk makan tengah hari sebenarnya. Teringin untuk sekali lagi menatap dirinya. Sesudah barang sampai, aku dan Z masih lagi duduk di lobi – terasa berat hati untuk melangkah pergi. Setelah beberapa ketika, akhirnya aku mengambil keputusan untuk bertolak ke airport dan lunch di sana.
Aku dan Z keluar dari hotel sambil membawa barang-barang ke arah teksi yang diparkir bersebelahandi bahagian tepi hotel. Tiada pemandu teksi. Aku mencadangkan agar meminta pihak pengurusan hotel untuk memanggil teksi lalu kami mulai bergerak masuk ke dalalm hotel. Sejurus sebelum sampai ke pintu masuk, Z kata ada Az. Secara kebetulan, kereta kawannya diparkir di hadapan pintu hotel manakala Az dan rakannya semacam sibuk memunggah barang ke dalam kereta. Terasa malu untuk bertentangan mata dengannya, maka aku berbuat selamba dan melangkah masuk ke dalam hotel – mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar Az. Tidak pernah mempunyai kesempatan untuk bergambar berdua dengan dirinya, tetapi cukuplah seandainya aku dapat mengambil gambarnya untuk tatapan hati yang merindu. Baru sempat ambil 1 gambar, aku dapati Az mulai melangkah masuk ke dalam hotel. Untuk mengelak daripada diketahui oleh dirinya, maka aku dan Z terus melangkah ke kaunter hotel – meminta teksi. Di belakang kami, Az kelihatan berlari-lari menuju ke lif lalu naik ke atas.
Pegawai di kaunter kelihatan tersenyum-senyum. Sesudah memanggil teksi, kami duduk di lobi. Z kata mereka tersenyum-senyum melihat aku – macam faham-faham je. Terasa malu, tetapi aku berbuat selamba. Aku memasang kamera… bersedia mengambil gambar Az yang akan turun pada bila-bila masa. Hanya sempat ambil 2 gambar kerana Az berjalan dengan begitu laju sekali… kedua-dua gambar itu kabur. Takpa la… sekurang-kurangnya ada gambar yang menampakkan bahagian belakang tubuh Az. Itu pun sudah memadai.
(Pertemuan 4)
Check-in di kiosk. Kemudian Z pergi menunaikan solat – tinggallah aku seorang diri di di bangku bersebelahan dengan seorang pakcik. Walaupun duduk di baris hadapan, kedudukan aku agak tersorok oleh troli aku dan pakcik itu. Terasa bosan lalu mengeluarkan handphone. Ketika mengangkat wajahku, aku ternampak Az dan rakan-rakannya di kiosk. Mereka membelakangkan aku, jadi aku pasti Az sama sekali tidak ternampak aku di situ. Apabila mereka mulai meninggalkan tempat itu, aku menundukkan wajahku – mengelak daripada menatap dirinya kerana aku berasa gementar… serba salah dibuatnya. Seketika kemudian apabila aku mengangkat kepala dan tercari-cari Az, aku ternampak Az dan seorang kawan wanita berdiri di bahagian luar kaunter daftar bagasi. Sekejap saja aku menunduk, Az dan rakannya sudah tidak kelihatan lagi. Terasa hiba hati ini kerana Az telah meninggalkan aku. Aku tercari-cari tetapi hampa. Sah, dah tiada. Mungkinkah kami akan menaiki flight yang sama? Ada harapan…ada keinginan… tetapi realitinya aku tidak pasti.
(Pertemuan 5)
Aku dan Z makan di KFC. Ketika berjalan menuju ke KFC, aku sangat berharap Az ada di restoran makanan segera kegemarannya itu. Tiada. Hampa sungguh diriku. Masih ada masa 1 jam lagi sebelum penerbangan, tetapi aku memberitahu Z supaya tunggu sahaja dib alai berlepas. Ziha mendahului. Aku berjalan dalam kekosongan… Sebaik sahaja hendak membelok masuk ke balai berlepas, aku ternampak Az dan kawannya di luar balai berlepas.
Saling bertukar senyuman, Az bertanya ‘dah nak balik?’.. Aku berhenti di sebelahnya dan menjawab ‘ya’. Aku tanya ‘belum balik?’. Dia jawab ‘esok’. Aku tanya ‘esok tak mengajar?’. Katanya ‘mengajar. Balik awal pagi.’ Aku tersenyum lalu kata ‘bye-bye’ sambil tangan kananku membuat lambaian kecil. Az mungkin ada kata ‘pergilah’ atau ‘ya’… memberi izin kepadaku untuk masuk ke balai berlepas kerana Z sudah menungguku di kaunter scan barangan. Sebaik sahaja aku meletakkan beg plastik berisi kek dan beg tanganku, aku menoleh ke belakang..dengan harapan dapat memberi lambaian sekali lagi… tetapi Az sudah tiada.
Berdasarkan kiraanku, sepanjang 2 hari di Kuching, ada 5 kali pertemuan dengannya… sama ada Az sedar ataupun tidak. Angka ini hampir menyamai pertemuan kami sepanjang 3 tahun ini.
(2009-2012)
1. Pertemuan pertama – 17 Okt 2009
2. Okt 2009 – sepanjang petang bersama – pertama kali menikmati saat romantic bersama seorang lelaki
3. Okt 2009 – Az hantar ke sekolahnya… kemudiannya dia ikut bersama E utk menghantarku balik pada petang itu
4. 13 Okt 2009 – sambut birthday E di KFC
5. Okt 2009 – bertemu berdekatan terminal bas – Az serahkan borang soal selidik
6. Okt 2009 – serah balik borang soal selidik kepada Az – Az hantar balik ke kuarters
7. 27 Mac 2011 – singgah di bawah kuarters – dalam perjalanan balik ke Btu
8. 6 Jan 2012 – serah buku kajian – Az hadiahkan kerongsang mutiara
9. 22 & 23 Sept 2012 – pertemuan pertama tanpa diatur. Tuhan, aku bersyukur kepada-Mu untuk pertemuan ini yang sangat kudamba sepanjang 3 tahun ini.
Kesimpulan yang boleh aku buat, aku masih sangat menyayangi Az. Cinta bererti membiarkan Az memlilih yang terbaik untuk dirinya.
26 Sept 2012 (Rabu)
1.21pm
Thursday, September 20, 2012
petanda awal sebelum kehilangan ayah
Post terakhirku di FB adalah pada 11 Mac 2012.
"Slama ini hanya tahu mendiang nenekku (sebelah bapa) ialah Iban. Hari ini baru aku tahu salasilah yg sebenar. Rupa2nya nenek moyangku Iban manakala datuk moyangku Melayu. Hmm...patutlah aku bgitu rapat dgn rakan Melayu n cinta budaya Melayu... Rupa2nya dlm tubuh ini mengalir jg darah Melayu ~ mjejak asal diri ^^"
Kemudiannya aku menjadi begitu tidak suka pada FB... semacam ingin deactivate akaun FB.
Bulan Mac 2012 juga aku melatih 15 orang pelajar untuk pertandingan drama komsas. Kupilih drama Atap Cengal Dinding Sayung... yang mengisahkan konflik keluarga apabila tsunami melanda dan si ayah hilang di laut (disangka telah mati tetapi akhirnya kembali semula). Pertandingan drama komsas di SMK Asyakirin pada tarikh 21 Mac 2012 - tarikh ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah pada 23 Mac 2012!!!
21 Sept 2012
12.45pm
lukisan
Lukisan Shahrizan ni dah aku tempah... bayarannya akan dijelaskan hujung bulan ni. Aku akan bingkaikan lukisan ini nanti.
Pertama kali menatap lukisan ini ketika pameran seni di sekolah, aku sudah terjatuh hati kepada lukisan ini. Lukisan itu mengingatkan aku kepada tangan Az yang pernah memegang tanganku untuk naik ke pulau kecil di TB. Walaupun seketika sahaja, namun kenangan indah itu tidak mungkin dapat aku lupa. Tangan itu jugalah pernah kugigit sekali.
Inilah tafsiran yang kuberi untuk lukisan ini:
Tafsiran 1: Lukisan ini walaupun ilhamnya drp tunggul kayu tetapi begitu abstrak... begitu ada nilai seninya... tergantung kpd tafsiran individu... bagi sy, lukisan ini penyatuan 2 lengan (melambangkan penyatuan 2 insan) dan cabang yang berselirat di atasnya ialah jari2 (melambangkan banyaknya matlamat yg ingin dicapai bersama). - Aku teringat tangan Az yang pernah memegang tanganku untuk naik ke pulau kecil di TB. Walaupun seketika sahaja, namun kenangan indah itu tidak mungkin dapat aku lupa.
Tafsiran 2: Impian dan harapan telah mati, sama spt kayu mati yg asalnya pohon hijau yg tumbuh meninggi subur. Cabang2 pokok melambangkan hala tuju masing2 yg x mungkin bersatu lagi. Yang tinggal hanyalah sisa kenangan. Hitam….... Kelam….... T T (10 Sept 2012, 10.33pm) - kutahu dia bukan milikku
21 Sept 2012
12.06
di balik kata-kata
Rama-rama: "Tahniah dan selamat maju jaya dan apa jua bidang yang diceburi. Walau bagaimana kesakitan, ianya bakal hilang. Tetapi sekiranya menyerah kalah, kesakitan akan berkekalan sepanjang hayat." - 8.45am, 20th Sept 2012.
("dan" sepatutnya "dalam" tetapi kukira dia tidak kisah pun untuk memeriksa sekali lagi kerana aku bukanlah siapa-siapa yang istimewa bagi dirinya.)
Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga kata-kata daripada dirinya. Kuucapkan terima kasih. Entah mengapa, aku begitu rindu untuk mendengar dia berbicara lagi kepadaku. Aku sepatutnya bersyukur kerana masih ada kata-kata ini untuk diriku.
Pelbagai tafsiran boleh diberi, tetapi tafsiranku yang pertama ialah aku harus kuatkan semangat dan teruskan hidup ini seadanya biarpun tanpa cintanya. Entah mengapa, itu yang paling berkesan dalam hatiku.
Tafsiran 1: Kepedihan hati kerana tidak dapat memiliki dirinya akan hilang juga suatu hari nanti tetapi kejayaanku dalam menyelesaikan perjuangan PhD itulah yang paling utama.
Tafsiran 2: Kematian ayah sememangnya menyakitkan... tetapi itulah lumrah kehidupan... setiap yang hidup pasti akan mati. Suatu hari nanti, aku akan mampu menghadapi kehilangan ini walaupun perasaan sayang dan rindu itu tidak mungkin akan hilang.
Tafsiran 3: Kurasa inilah maksudnya yang sebenar. Adalah tidak mudah untuk meneruskan PhD tetapi aku harus punya kekuatan untuk menyelesaikannya agar tiada rasa kesal dalam hidupku ini.
21 Sept 2012
11.48am
hidup ini suatu persinggahan
21 Sept 2012 at 11.13am
Surayani Alias
:: Mendengar perkhabaran seorang kawan yang dikenali d kpg meninggal dunia...takziah tuk keluarga allahyarham...semoga rohnya dicucuri rahmat....al-fatihah...آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ
• • 7 minutes ago via BlackBerry
•
Aenn:: menginsafkan diri kita bhw masa kita juga akan tiba suatu hari nanti...
4 minutes ago •
•
Surayani Alias:: BETUL TU Aenn...KADANG2 KITA ALPA....
3 minutes ago •
•
Aenn:: juga menginsafkan diri kita bhw kita perlu hargai dan tunjukkan kasih kpd org yg kita sayang... contoh terbaik dlm hidup sy ialah pemergian ayah sy... ahad ni (23 Sept 2012).. genaplah setengah tahun... tapi terasa baru semalam dia pergi
about a minute ago •
Subscribe to:
Posts (Atom)