Thursday, September 20, 2012
di balik kata-kata
Rama-rama: "Tahniah dan selamat maju jaya dan apa jua bidang yang diceburi. Walau bagaimana kesakitan, ianya bakal hilang. Tetapi sekiranya menyerah kalah, kesakitan akan berkekalan sepanjang hayat." - 8.45am, 20th Sept 2012.
("dan" sepatutnya "dalam" tetapi kukira dia tidak kisah pun untuk memeriksa sekali lagi kerana aku bukanlah siapa-siapa yang istimewa bagi dirinya.)
Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga kata-kata daripada dirinya. Kuucapkan terima kasih. Entah mengapa, aku begitu rindu untuk mendengar dia berbicara lagi kepadaku. Aku sepatutnya bersyukur kerana masih ada kata-kata ini untuk diriku.
Pelbagai tafsiran boleh diberi, tetapi tafsiranku yang pertama ialah aku harus kuatkan semangat dan teruskan hidup ini seadanya biarpun tanpa cintanya. Entah mengapa, itu yang paling berkesan dalam hatiku.
Tafsiran 1: Kepedihan hati kerana tidak dapat memiliki dirinya akan hilang juga suatu hari nanti tetapi kejayaanku dalam menyelesaikan perjuangan PhD itulah yang paling utama.
Tafsiran 2: Kematian ayah sememangnya menyakitkan... tetapi itulah lumrah kehidupan... setiap yang hidup pasti akan mati. Suatu hari nanti, aku akan mampu menghadapi kehilangan ini walaupun perasaan sayang dan rindu itu tidak mungkin akan hilang.
Tafsiran 3: Kurasa inilah maksudnya yang sebenar. Adalah tidak mudah untuk meneruskan PhD tetapi aku harus punya kekuatan untuk menyelesaikannya agar tiada rasa kesal dalam hidupku ini.
21 Sept 2012
11.48am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment