Saturday, December 31, 2011

cintaku abe rama2

Cinta ertinya:
tetap menyayangi tanpa mengharap balasan

Cinta maknanya:
sanggup berkorban demi orang yang disayang

Cintaku:
lahir dari hati nan tulus
tak pernah luntur
tak pernah pudar

Semoga 'cintaku' sejahtera dan berbahagia selama-lamanya


1 Jan 2012
3.10pm
Daripada siaran berita tv, aku mendapat tahu tentang sambutan tahun baru di negara-negara serata dunia. Rata-ratanya mengadakan pertunjukan bunga api secara besar-besaran (sekali gus menambah pencemaran alam), dan pertunjukan konsert.

Hmm... Alangkah baiknya kalau tahun baru disambut dengan aktiviti-aktiviti kerohanian. Dengan hati yang bersyukur dan dengan iman melangkah masuk ke tahun baru. Semoga Tuhan memberi kehidupan yang sejahtera.

Aku tetap sama, hanya ingin akan kehidupan yang sederhana.


1 Jan 2012
12.20pm

bermulanya 2012

Selamat tahun baru 2012....

Smoga aku lebih tabah dan tenang menghadapi kehidupan ini. Smoga aku terus menyayangi tanpa mengharap balasan - ikhlas dan tulus.

Smoga abe rama2 berjaya dalam temuduga kali ke-2 ini. Akulah manusia yang paling bahagia seandainya dia sukses. Moga ada peluang bertemu dengannya di kampus kelak..

Aku sedar aku masih sangat sayang abe rama2. Biarlah kasih ini benar2 ikhlas... : )

*begitu pantas masa berlalu...2009, 2010, 2011 dan kini 2012. Aku bersyukur dan bahagia dengan kehadiran abe rama2 dalam hidupku. Kuhargai dia...


1 Jan 2012
8.58am

engkau teristimewa

pertemuan tak terduga
luhurnya hati menabur budi
kata-kata tersusun
ibarat bait-bait puisi
sentiasa bergema di cuping
menjadi lagu hatiku

istimewanya engkau
indah pada pdgan mataku
personaliti menawan
lantas kusemat kukuh
dalam kalbu
begitu kukuh begitu luhur
sehingga tiada lain kumahu
selain dirimu

dlm rasa mendamba dirimu
tetap doa
moga engkau sejahtera
dan bahagia selamanya


31 Dis 2011
10.51pm

hari esok

Bagaimanakah harus aku hadapi hari esok, 2012???

Tak dapat aku menahan titis2 air mata yang gugur... Aku tidak sanggup kehilangan dirinya biarpun aku telah berusaha gigih untuk ikhlaskan hati ini mencurah sayang.

Betapa kurasa kejamnya takdir hidupku... Tapi aku sedar dan aku akui, akulah yang bersalah. Aku tidak sepatutnya menodai persahabatan dengan rasa cinta.

Daripada kehilangan dirinya secara total, aku lebih rela menjadi sahabat. Berilah aku ruang dan masa untuk menebus kesilapan diriku yang lalu.

Sesungguhnya, engkau teristimewa.


31 Dis 2011
10.30pm

31 Dis 2011

Dalam masa 4 jam lagi, tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan tahun 2012 akan mula belayar...

Sehingga saat ini, hati dan fikiranku masih kuat berpaut pada abe rama-rama. Kalau ditanya apa yang kumahu untuk 2012, akan kukata bahawa aku mahu abe rama-rama.

31 Dis 2011
7.59pm

Thursday, December 29, 2011

terima kasih abe rama2

abe rama2...

Terima kasih kerana memberi diri ini sekali lagi peluang. Aku amat menghargai ikatan persahabatan yang terjalin sejak 2009.

Maafkan segala kesilapan diriku yang lalu. Aku akui aku telah banyak bersalah terhadapmu. Sesungguhnya kesilapan itu bukan kemahuanku...

Berakhirnya tahun 2011...lupakanlah segala kesilapan diriku
Bermulanya tahun 2012...moga engkau berbahagia selama-lamanya dan sukses dalam mengejar impian hidupmu.

Dan seperti biasa (perasaan yang tidak pernah berubah)... aku menyayangi dirimu.


* ternampak necktie warna kegemaranmu ketika di penang lalu kubeli. moga ada peluang untuk menghadiahkannya kepada dirimu. tiada niat lain. hanya sebagai tanda kasih...

30 Dis 2011
11.15am

Tuesday, December 20, 2011

puisi: perjuangan

perjalanan hidup ini
suatu perjuangan yang berterusan
setiap yang berlaku
ada hikmah yang tersembunyi
suatu masa nanti pasti akan tersingkap jua
tabahkan hati mengharungi liku onak duri
kentalkan semangat
sesungguhnya cinta itu kekuatan paling luar biasa
paling ajaib
paling mengagumkan
dan akhirnya cinta beroleh kemenangan
menundukkan segala keangkuhan


20 Dis 2011
19:20

puisi: Melayu

Melayu itu
katanya tersusun
bicaranya berlapik
lakunya sopan
beradab

Melayu
letaknya bukan pada nama
bukan asal muasal
tapi peribadinya

tak akan Melayu hilang di dunia
tak akan Melayu hilang dari hati

segala-galanya kerana dia


20 Dis 2011
19:07

puisi: takdir

di lautan manusia ini
aku hanyalah setitik kecil
namun Tuhan pertemukan
inilah yang dikatakan takdir

dalam badai perasaan ini
hati tetap menaruh harapan
sekalipun hanya sepi
inilah yang dikatakan cinta

pertemuan dan perpisahan
soal yang tak terduga
kerna bukan kita yang memutuskan
melainkan Yang Maha Kuasa


20 Dis 2011
19:00

Monday, December 19, 2011

TUHAN

Ahmad Sahidah
I cannot believe in a God who wants to be praised all the time. #Nietzsche. Saya pikir filsuf Jerman ini hanya perlu menemukan Tuhan yang tidak ingin dipuji. Tak kemudian, penulis Beyond Good and Evil ini menyangka Tuhan telah mati. Namun, apa pun, iman itu tersembunyi.
17 hours ago

RoseDays Fathir El Umar: But probable, he belives that God's be there, in the grave,
14 hours ago

Mustika Nurul Ainy Berpikir : Asal-muasal Tuhan
13 hours ago

Ann AnneAnna: iman paling nyata pada saat kematian mendekat...
12 hours ago


19 Dis 2011
21:59

puisi: rindu

rindu…
aku rindu
seraut wajah sentiasa diingat
kenangan terindah bersama
masih terasa hangat
senja itu kita nikmati indahnya pantai
deburan ombak dan pasir
desiran angin yang menyamankan
aku bahagia di sisimu


19 Dis 2011
21:53

puisi: aku cinta padamu

betapa aku ingin mendakap dirimu, sayang
pastinya rasa itu begitu indah
begitu membahagiakan
apakah akan ada peluang itu bagiku?

yang tinggal hanyalah sepi
rindu begitu mencengkam akar hati
meronta jiwa ini
untuk melafazkan kata
aku cinta padamu
sesungguhnya… aku cinta padamu


19 Dis 2011
21:29

Sunday, December 18, 2011

michelle wee (wartawan Melodi) kahwin

MICHELLE WEE WARTAWAN MELODI TV3 KAHWIN 20 NOVEMBER 2011

Pernikahan pada 20 November 2011

Michelle Wee seorang wartawan rancangan hiburan yang terkenal dalam sesi terjah menerjah iaitu Melodi TV3 dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka beragama Islam,Tengku Naharuddin ataupun lebih dikenali Deqwan remaja pada 20 November ini.

Perkhabaran ini diperkuatkan lagi apabila kad kahwin mereka mulai di’edarkan kepada rakan-rakan mahupun kenalan yang terdekat

Mengimbas kembali mengenai kisah mereka di dalam rancangan sesi artis terjah wartawan,kalau tidak silap saya,pelawak Apek,menerjah Michelle Wee dengan soalan ‘bom kedabomm ’ tentang hubungan cinta Michelle dengan seorang pemuda Melayu beragama Islam. Adakah Michelle akan memeluk Islam dan berkahwin dengan pemuda itu?

Pada 6 Jun tahun lalu, Michelle,pernah buat pengakuan dengan Juwie bahawa dia sedang bercinta dengan Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin,sejak Jun 2009 setelah dua tahun berkawan.

Tengku Naharuddin ialah penolong penerbit di TV3 dan menjadi pengacara program Remaja TV3.Dia juga mengaku bercinta dengan Michelle.

Walau macam mana’pun kisah cinta mereka,realitinya mereka bakal melangsungkan perkahwinan beberapa hari sahaja lagi.Tahniah di’ucapkan semoga bahagia dan kepada Michelle Wee selamat memasuki alam baru sebagai seorang Muslim.

Read more: http://www.enciknakal.com/2011/11/michelle-wee-wartawan-melodi-tv3-kahwin-20-november-2011.html#ixzz1gxSJYX5B

kuasa cinta

Disunting daripada Harian Metro:

KUASA cinta memang kuat. Plato, seorang ahli pujangga mengatakan dengan sentuhan cinta setiap orang menjadi penyair. Cinta atau kasih sayang yang suci dapat dilihat daripada pengorbanan seseorang, bukanlah daripada pemberian semata-mata.

GW Von Leibnitz menjelaskan 'mencintai' ertinya berbahagi kebahagiaan demi kebahagiaan orang yang kita cintai. Dalam berkasih, adalah lumrah jika memberikan seluruh kasih kepada seseorang namun bukanlah jaminan dia membalas cinta.

Jangan mengharapkan balasan cinta. Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi boleh berubah menjadi putus asa. Sebaliknya, tunggulah sampai perasaan kasih dan sayang itu berkembang di hatinya. Namun, jika tidak, berbahagialah kerana kasih dan sayang tumbuh dalam hati.

Kata mereka yang bijak, sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tapi lebih menyakitkan mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Satu-satunya cara supaya kita memperoleh kasih sayang adalah jangan menuntut supaya kita dicintai, tapi mula memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


19 Dis 2011
12:53

puisi: selamanya

tak pernah pudar
kesetiaan cinta ini
ombak rindu nan memukul pantai hati
tetap kuharungi
dengar sabar dengan tabah
di sudut hati
masih ada harapan yang tersisa
moga kasih ini bertaut
selamanya


18 Dis 2011
19:13

Saturday, December 17, 2011

jodoh

http://www.hmetro.com.my/articles/Kahwinlelakimuda/Article/artikelMA

Kahwin lelaki muda

AKTRES Jang Young Nam yang mula dikenali dalam teater Romeo and Juliet pada 2001 dan terbaru dalam drama Man of Honor di saluran KBS, berkahwin dalam sebuah majlis tertutup.
Suaminya yang tujuh tahun lebih muda daripada Jang bertugas sebagai profesor di fakulti teater filem sebuah universiti.

Ramai rakan artis popular hadir di majlis itu termasuk rakan baiknya, aktres Han Chae Young dan Kang Ye Won.
Bagaimanapun, Jang dan suami terpaksa menunda bulan madu mereka kerana Jang terbabit dalam penggambaran Man Of Honor. Difahamkan pasangan itu akan memulakan kehidupan sebagai suami isteri di Islan.

18 Dis 2011

bahagia menatap dia

Sungguh bahagia rasanya apabila menatap gambar profil FBnya yang sudah pun aku masukkan dalam album gambar yang hanya aku sahaja dapat tatap.


17 Dis 2011
16:12

Thursday, December 15, 2011

pasir mas





pasir menjadi emas
atau emas menjadi pasir??
biarpun sekadar pasir
tetap kudakap jadi mutiara


16 Dis 2011
3.15pm

Thursday, December 8, 2011

aku autistik???

Sebentar tadi fikiranku memikir2kan diriku...entah2 aku ini tergolong juga dalam kategori orang dewasa autistik, lalu aku kumpul maklumat tentang autisme. Ya Tuhan, ada beberapa ciri yang ternyata ada pada diriku.

Aku tidak tau puncanya, namun aku sedar dalam masa setahun dua ini aku banyak berubah, suka menyendiri dan cuba memisahkan diri daripada orang lain. Petang semalam di rumah sewa adik ipar kepada adikku, aku yang sedang berada di ruang tamu masuk ke dalam bilik apabila menyedari ada orang balik ke rumah itu (ternyata bukan teman serumah adik ipar adikku).

Di bilik di Restu ini, aku juga mengelak pertembungan dengan pelajar dari 3 bilik yang lain ketika berkongsi menggunakan bilik air.

Aku malahan telah delete semua nama kawan E daripada senarai FB dan juga E sendiri dan abe rama2 kerana aku tidak mahu semua itu mengingatkan aku kepada kebodohan diriku. Aku rasa malu...


8 Dis 2011
21:18

Adult Autism Symptoms

The news media, pediatricians' offices, and parenting books are all full of information about autism in children; however, it can be a challenge to identify adult autism. In decades past, autism received far less attention from the medical and education communities than it does today. This means that there are likely thousands of adults living with undiagnosed autism. Learning about adult autism symptoms can help these individuals find treatment options.

Ten Adult Autism Symptoms
According to the Center for Disease Control and Prevention, diagnosing autism in adults can present a significant challenge. Adults may not have a complete medical and developmental history for their first few years of life, and they may have established coping behaviors that can mask the disorder.

If you're wondering whether you or another adult you know may be on the autism spectrum, it can help to take a look at some of the common symptoms of this disorder in adults. Keep in mind that having one or two of these symptoms does not indicate autism. If an adult has several symptoms, there may be cause for concern.

1. Few Friendships or Relationships
Forming close relationships can be challenging for adults on the autism spectrum. Idiosyncratic behaviors and language limitations can severely affect these individuals' ability to form friendships. Additionally, limited perspective-taking abilities and difficulty listening to others can present a challenge in relationships.

Similarly, romantic relationships can be incredibly difficult for individuals with autism. In addition to the challenges that come with regular friendships, there are many non-verbal cues associated with romantic interactions.

2. Non-Verbal Communication Challenges
For many adults with autism, non-verbal communication can present a significant challenge. These individuals may have difficulty interpreting facial expressions and gestures. They may find it hard to establish and maintain eye contact while talking with others.

Adults with autism may feel that they are always "missing" something when interacting with other people. If you find that you frequently misread other people, it may mean you have this characteristic of autism.

3. Sensory Processing Disorder
Many people with autism experience extreme over- or under-sensitivity to stimuli, known as sensory processing disorder or sensory integration dysfunction. According to Psychology Today, this sensory processing disorder can present a major social challenge for autistic adults. Meeting new people brings new sensory information, including smells, sounds, sights, and other types of input. This can lead autistic adults to avoid new social interactions.

If you find that you cannot stand certain sensations or constantly crave a particular type of sensory input, you may have this disorder. If the sensory challenges interfere with your ability to interact socially and also correspond with other symptoms of adult autism, you may be on the spectrum.

4. Lack of Empathy and Shared Perspective
Understanding where other people are coming from can be challenging for all adults, but for those with autism, it can be extremely difficult. Many individuals with autism struggle to understand the perspectives of others, and this can lead to a lack of empathy. It also makes it difficult for autistic adults to share another person's interest in a topic.

Adults with autism may notice that it is difficult to sympathize with other people and that they do not understand what others want, feel, or think. Additionally, this perspective challenge can also present a problem when it comes to humor, and autistic adults may misunderstand jokes. The lack of empathy and perspective-sharing can lead to many social problems.

5. Verbal Communication Problems
According to WebMD, up to 40% of people diagnosed with autism may never learn to speak. Adults who are completely non-verbal may be on the autism spectrum, but verbal communication can still present a challenge for those who can speak at an age-appropriate level.

Autistic adults may find it challenging to make their needs known to others or to start and maintain a conversation. They may find that the words they want to say simply disappear when they begin talking. Processing thoughts into spoken language may be very challenging.

6. Preoccupation with Certain Items or Topics
One hallmark of adult autism is limited interests. Many autistic adults are extremely knowledgeable about certain topics, such as aviation, engineering, word origins, history, and many other areas. This hyper-focus on a particular area of interest can be extremely enjoyable for the individual, but it can present major challenges as well.

If you are very interested in a particular topic and discuss this topic at length with other people, this can be an indication of autism. The intense interest, coupled with perspective-taking challenges, can result in social difficulties if other people are not interested in the topic.

7. Repetitive and Stereotyped Behaviors
For some autistic individuals, repeating the same words, phrases, or behaviors can provide great comfort. The outcome of these routines in predictable and is under the control of the individual. However, these repetitive behaviors do not serve a practical, social, or communication function.

8. Need for Routine
For autistic individuals of any age, there are a lot of unknowns in the world. Many social and communication skills others take for granted are mysterious to those on the spectrum. One way to provide comfort and predictability is to rely on routines.

In autistic adults, this need for routine can take many forms:

•Dislike of travel
•Refusal to try new foods or restaurants
•Following the same schedule every day
•Feeling great discomfort when you need to deviate from your routine
•Difficulty changing plans
•Following the same route to get from one place to another

9. Savant Skills
According to WebMD, up to ten percent of autistic individuals display some kind of savant skill. This means that they excel in a particular area, such as mathematics, music, or history. Autistic adults may have exceptional memories, allowing them to remember entire chapters and books of information.

10. Sleep Problems and Anxiety
WebMD also reports that as many as 70% of autistic people have problems with sleep. This may be due to sensory issues. While insomnia itself is not a characteristic of autism, this is something to keep in mind if you have other autism symptoms.

According to The National Autistic Society, anxiety is a common problem in adults with autism. This anxiety can manifest itself in a variety of ways, including concentration problems, difficulty controlling your temper, preoccupation with a topic, and depression.



Getting Help
Taken alone, these adult autism symptoms do not indicate a problem. As with many disorders, individual symptoms are common in the general population. However, if you notice that you or someone you know displays several of these characteristics, you should consult a professional. Speak to your regular doctor about a referral to an autism specialist, or consult a psychologist or psychiatrist. With treatment and activities for autistic adults, you'll be able to improve your quality of life significantly.