Thursday, December 8, 2011

aku autistik???

Sebentar tadi fikiranku memikir2kan diriku...entah2 aku ini tergolong juga dalam kategori orang dewasa autistik, lalu aku kumpul maklumat tentang autisme. Ya Tuhan, ada beberapa ciri yang ternyata ada pada diriku.

Aku tidak tau puncanya, namun aku sedar dalam masa setahun dua ini aku banyak berubah, suka menyendiri dan cuba memisahkan diri daripada orang lain. Petang semalam di rumah sewa adik ipar kepada adikku, aku yang sedang berada di ruang tamu masuk ke dalam bilik apabila menyedari ada orang balik ke rumah itu (ternyata bukan teman serumah adik ipar adikku).

Di bilik di Restu ini, aku juga mengelak pertembungan dengan pelajar dari 3 bilik yang lain ketika berkongsi menggunakan bilik air.

Aku malahan telah delete semua nama kawan E daripada senarai FB dan juga E sendiri dan abe rama2 kerana aku tidak mahu semua itu mengingatkan aku kepada kebodohan diriku. Aku rasa malu...


8 Dis 2011
21:18

No comments:

Post a Comment