http://www.hmetro.com.my/articles/Kahwinlelakimuda/Article/artikelMA
Kahwin lelaki muda
AKTRES Jang Young Nam yang mula dikenali dalam teater Romeo and Juliet pada 2001 dan terbaru dalam drama Man of Honor di saluran KBS, berkahwin dalam sebuah majlis tertutup.
Suaminya yang tujuh tahun lebih muda daripada Jang bertugas sebagai profesor di fakulti teater filem sebuah universiti.
Ramai rakan artis popular hadir di majlis itu termasuk rakan baiknya, aktres Han Chae Young dan Kang Ye Won.
Bagaimanapun, Jang dan suami terpaksa menunda bulan madu mereka kerana Jang terbabit dalam penggambaran Man Of Honor. Difahamkan pasangan itu akan memulakan kehidupan sebagai suami isteri di Islan.
18 Dis 2011
No comments:
Post a Comment