Monday, February 6, 2012

Aberamarama @ Cinta

Walaupun aberamarama telah menyepi diri setelah bertemu dan bersuara pada 16 Jan 2012, kata-katanya tetap kuingat. Pertemuan lebih kurang 10 minit je di hadapan Farley mungkin juga kenangan terakhir bersama dirinya. Dalam soal cinta, tiada siapa yang betul tiada siapa yang salah.

Aberamarama ada bertanya tentang perkembangan phdku. Aku kata dah 6-7 bulan terbengkalai. Katanya, “macam mana pula tu? Saya dah nak mula ni…”

Aberamarama penggerak utama aku dalam perjuangan phd ini. Seharusnya penghargaan dalam tesis phd, pertamanya dan teristimewanya ditujukan kepada Aberamarama. Aku siap membayangkan kata: “terima kasih kepada suamiku yang tercinta, Aberamarama.” (Hahaha…)

Aku sedar semua itu hanyalah angan-angan. Atas sebab itu, kuabadikan nama Aberamarama dalam tesis sarjana untuk diterbit oleh DBP. Bahagian paling awal, halaman pertama, aku masukkan sajak yang aku karang pada tahun 2010 – dengan menggunakan huruf nama Aberamarama pada awal setiap baris.

Kata Aberamarama, dia langsung tidak membantu apa-apa dalam penulisan tesis sarjana aku. Kataku pula, kalau bukan kerana dia, aku tidak mungkin melanjutkan pengajian ke peringkat phd dan mendapat peluang untuk menerbitkan tesis sarjana dalam bentuk buku. Kalau ada rezeki untuk diriku, akan aku hadiahkan satu kepadanya.

Tapi Aberamarama kini menyepi. Semua SMS tidak berbalas (tidak kira handphone 2pun dalam FB). Mungkin juga dia tidak lagi guna no.tel 012. Cuti CNY 2012, kutahu melalui E bahawa dia ada no Digi. Aku tidak perlu tahu sebab aku pun tidak mahu mengganggu hidupnya. Andai kata suatu hari nanti tesisku benar-benar diterbitkan, aku pasti akan berikhtiar untuk mengirim kepadanya – dengan cara apa-apa pun.

7.59am ~ kuterima satu SMS. Ingatkan daripada Kak Syam yang sebelumnya membalas SMS yang kukirim pada petang semalam – ucapan salam Maulidur Rasul dan luahan perasaan sebab Aberamarama telah menghilang. “Hai A. Mulakan pagi dengan senyuman. Pastikan u memulakan hari ini dengan satu semangat baru. Satu jiwa baru. Katakan pada diri u, jangan ‘mati’ hanya kerana seorang lelaki. U sudah terlalu lama menunggu pintu yang akan terbuka. Bukan orang lain yang membunuh jiwamu tapi diri u sendiri…sedarilah itu!” ~ Kak Syam; 5 Jan 2012 – aku ucap terima kasih. – kusangka ada lagi kata-kata daripada Kak Syam untuk menyedarkan aku bahawa aku sendiri yang telah membunuh jiwaku.
Kubuka lalu muncul SMS dengan nama Cinta. Cinta?? Ya, baru kuingat. Aku telah menukar nama Aberamarama kepada Cinta pada 26hb Jan 2012, pada hari dia menghadiri temuduga KPM di JPN, Kuching. “Terima kasih, selamat bercuti” sebagai balasan SMS aku “Salam Maulidr Rasul : )”. Entah mengapa air mataku harus menitis lagi… (setelah empangan mata musnah pada petang semalam). Mungkin aku berasa bahagia @ terharu mendapat SMS daripadanya. Tapi aku percaya ada lebih banyak perasaan dan luahan yang tidak mampu kuungkap dengan kata-kata.

Aku dalam perjalanan ke Sibu, hari ini akan balik kampung. Esok, Isnin, cuti umum sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad. Tidak pernah aku berasa begitu sepi di daerah T. Aku sentiasa gembira menikmati waktu sepi hujung minggu di T, sehinggalah pertengahan tahun 2011, aku sudah mula rajin melarikan diri. Sejak awal 2010 aku selalu berharap Aberamarama akan datang mengetuk pintu rumahku dan bertemu denganku.

Walau apa pun yang terjadi, satu yang pasti, cinta kepada Aberamarama tetap kusimpan dalam hati.


5 Feb 2012
8.30am

No comments:

Post a Comment