Wednesday, February 8, 2012

lepaskan dalam cinta

Edarling,

Mungkin sudah tiba masanya bagi kita untuk melepaskan orang yang kita sayang yang tidak ditakdirkan untuk menjadi milik kita. Memang sakit untuk melepaskan. Memang terlalu sakit untuk menghadapi kehilangan itu. Tapi kita sedar semua itu akan terjadi dan harus terjadi. Hanya dengan melepaskan dan ikhlaskan cinta kita maka kita mampu hidup dengan tenang pada masa akan datang. Janganlah kita "menjual ikan" dalam soal cinta. Tiada siapa yang betul atau salah. Bagi saya, cinta bererti membiarkan dia hidup bahagia dengan jalan hidup yang dia pilih. Masa akan mengubat segala lara segala pedih. Saya masih berusaha tetapi lebih tenang kini. Dan cinta itu sebenarnya telah memberi kekuatan kepada diri biarpun tewas di gelanggang hatinya.

Edarling,

Kekuatan itu ada dalam diri kita. Walaupun kita bukan merak, kita juga bukan gagak. Kita ialah helang yang melayang tinggi dengan kepaknya yang kuat. Saya tidak pasrah kerana kelihatannya terlalu lemah, namun saya reda dengan ketentuan Tuhan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seperti yang pernah saya kata, saya tidak akan jatuh cinta lagi. Biarlah dia yang terakhir, omega. Saya telah menganggap diri saya telah berkahwin, jadi saya tidak perlu berkahwin lagi. Saya hendak fokus kepada perkara-perkara yang boleh dibuat untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna. Sesungguhnya, saya bukan malaikat. Tipulah andai kata tiada rindu, tapi saya harus tabah dan lebih tabah lagi.


Edarling,

Semoga you juga akan lebih tabah dalam mengharungi ranjau hidup ini. Mesej seorang kawan pada hari Sabtu yang lalu menyedarkan saya. Saya rasa tertampar dan tersedar dengan kata-kata "bukan orang lain yang membunuh jiwa you tapi you sendiri. Sedarilah itu!" Melepaskan tidak bererti membenci tetapi membiarkan dia hidup bahagia. Masih menyayangi tanpa mengharap balasan.



9 Feb 2012
6.14am

No comments:

Post a Comment