Jangan biarkan lidah 'memandu' kita ke neraka
Oleh Nik Salida Suhaila
Berita Harian Online 2012/03/22
Berbicara berdasarkan pengetahuan bukan buat tohmahan menyakitkan hati
KEMAJUAN teknologi dan kecanggihan medium komunikasi hari ini memungkinkan silaturahim manusia bertambah erat, malah sistem perantaraan yang serba pantas sedikit sebanyak turut memberi kesan yang positif dalam sistem penyampaian. Sungguh pun begitu, setiap sesuatu adalah baik sekiranya ia digunakan dengan baik dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dalam hal yang berkaitan dengan komunikasi sesama insani.
Sebelum adanya medium komunikasi maya, kita hanya bermuamalah antara satu sama lain dengan cara bersemuka dan melalui alat perhubungan jarak jauh seperti surat, telefon, faks dan sebagainya. Walaupun komunikasi jarak jauh tidak sama dengan komunikasi bersemuka, tetapi kita tetap menjaga budi bahasa dalam berbicara. Memang itulah juga yang dituntut oleh agama kerana adab ketika berbicara antara sesama manusia bukan hanya sekadar apabila kita menghadap wajah, tetapi perlu disantuni setiap masa.
Begitu juga hubungan kita dengan makhluk Allah SWT yang lainnya. Lantaran Allah SWT menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain, maka manusialah yang harus bersopan santun sewaktu bermuamalah dengan sesiapa saja, termasuklah kepada binatang dan alam. Keistimewaannya yang paling utama ialah Allah menciptakan akal supaya manusia berfikir, maka fikirlah setiap satu matlamat dan akibat atas setiap bicara kita.
Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya dengan menggunakan dua tangan atau lirikan mata sebagai isyarat. Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya, Dialah yang telah mengajarkan al-Quran, Dialah yang telah menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.” Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk memanfaatkan lidah supaya sentiasa mengungkapkan kalimah yang mulia agar setiap butiran bicara itu mendapat keredaan Allah.
Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta sikapnya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah adalah ibadat yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Perkara yang paling utama apabila kita berbicara ialah jangan sekali-kali kita berbicara mengenai sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa. Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan atau keterlanjuran berkata-kata mengenai sesuatu yang tidak pasti dan sia-sia. Di dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1-3 Allah SWT merakamkan kalam yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”
Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara dan jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk atau terlalu banyak tohmah kerana mereka akan menyakitkan hati saja. Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Abu Darda' menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)
Tutur kata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan.
Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.
Daripada Jundub bin Abdullah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si polan itu.’ Allah Azzawajalla lalu bersabda: “Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si polan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.” (Riwayat Muslim).
Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Kalau diperhatikan, perbualan hari ini banyak yang menyentuh perihal orang lain. Banyak kali ia mengakibatkan perasaan yang terluka jika diketahui si empunya diri mengenai tohmah yang dilempar, sering kali pula mangsa tohmah memutuskan silaturahim kerana tidak ingin memaafkan orang yang mengata. Hal ini amatlah memalukan umat Islam yang utuh dengan sikap saling menghormati sesama saudara seagama dan takutkan kekufuran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Riwayat al-Bukhari).
Justeru, jangan kita biarkan lidah yang diam di dalam mulut kita menjadi sebab untuk kita fasik dan kufur sedangkan dengan lidah jugalah kita boleh menghuni syurga-Nya yang mengalir sungai-sungai yang luhur dan tanah-tanah yang subur. Biar kita diuji dengan tohmah jika bercakap benar tetapi jangan sekali-kali kita memfitnah diri sendiri dan orang lain hanya kerana dunia yang banyak onar.
Wednesday, March 21, 2012
darah Melayu mengalir dalam tubuhku
Selama berpuluh-puluh tahun bernafas di muka bumi ini, hanya petang semalam baru aku tahu bahawa dalam tubuhku ini mengalir juga darah Melayu. Selama ini kusangka mendiang nenek (sebelah bapa) 100% Iban. Yang kutahu hanyalah nenek moyang Iban membawa bersama nenek ketika berkahwin dengan datuk moyang tiri (Cina). Hal ini terbongkar beberapa hari lalu apabila bapa mengatakan wajah Clovis mirip Melayu.
Emak sangka bapa merepek. Yalah… kami tak ada keturunan Melayu. Kemudian barulah bapa mengatakan bahawa datuk moyang kami Melayu. Hal ini bermaksud bahawa nenek sebenarnya ialah Melayu , 50% Melayu dan 50% Iban.
Malam tadi apabila memberitahu hal ini kepada abang long, ternyata dia tidak terkejut. Katanya semasa kecil dahulu bapa pernah memberitahunya. Mungkin kerana dia ialah anak sulung, jadi bapa mahu dia tahu asal keturunan kami.
Hal ini menjelaskan rupaku yang mirip Melayu. Selama ini aku sangka aku Cina Iban yang sering disalah anggap sebagai Melayu. Rupa-rupanya ternyata sebahagian diriku Melayu. Selama ini memang aku lebih rapat dengan rakan Melayu, mencintai budaya Melayu dan kehadiran Cinta (abe ghamo-ghamo) dalam hidup ini menambah cintaku kepada Melayu.
Actually, it’s such as sweet surprise to know that a part of me is Malay although I’m not the lucky one to be a part of Cinta’s life which I really longed for.
12.03.2012
9.55am

mungkin sudah suratan takdir hidupku
Segalanya ibarat mimpi. Sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. 019 nombor pertama yang kudapat tetapi telah lama tiada. Kenangan paling indah menerusi 012 yang kuberi nama Cinta pada 26 Januari 2012 sesudah dia menghadiri temuduga KPM. Kukira 012 pun telah tiada lagi. Kutahu ada nombor Digi tetapi aku sengaja tidak mahu tahu agar aku tidak lagi mengganggu ketenangan hidupnya.
Benar, dialah rama-rama dalam hidupku. Rama-rama yang sempat aku nikmati keindahannya sebentar cuma. Tapi aku tahu rama-rama itu tetap indah sekalipun tidak dapat lagi mataku ini menatapnya.
Dia juga mentari, tiram, penyu…bahkan merak kayangan yang sangat aku sayang. Dan aku sedar aku tidak boleh mementingkan diri, menjadikannya hak milik aku seorang.
Sekalipun menyepi dan menghilang, aku yakin rasa sayangku kepadanya tidak pernah luntur. Tetap kuharap, kudoa kebahagiaan dan kesejahteraan dirinya. Selama ini aku hanya simpul erat dalam hati, betapa aku bersyukur dan berterima kasih kepada dirinya kerana kehadiranny telah mengubah hidupku, keinginanku dan pandanganku. Andainya ada peluang walau hanya sekali, ingin kuucap, “Terima kasih, Cinta” dari bibirku ini.
Apa-apa pun boleh terjadi sepanjang tempoh ini. Setulus hatiku tetap ingin mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada dirinya. Kukira pilihan ibunya memang yang terbaik. Zuriatnya nanti, anak-anak yang terdidik sempurna ilmu agama.
Aku reda akan ketentuan Tuhan. Tidak mungkin ada pengganti, namun aku tetap berbahagia dalam dunia kenangan terindah itu. Terima kasih, Cinta. Kasih ini tidak mungkin berubah walau kita dipisah laut biru. Cinta ini tidak pernah goyah, tidak pernah jemu, tidak akan terpadam dalam hatiku.
~ sealed with a kiss
11.03.2012
Saturday
7.55am

erti sebuah perkahwinan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5yjNbRJv_vI8nrRF9w5iNR-CrB55PobW63simZeGwcZUEazKhwp3TxMTaAMBHQPDIaEMqvZbPB8dLWQFdICKpbLG8_Snws3wqbh54MkE6WGsfqHyPxwETWslzWXkuVephmwYjdemgi1Q/s400/pic+kawin.jpg)
Utusan Malaysia Online - 21 Mac 2012
KEHIDUPAN berumahtangga adalah alam paling menarik dalam kehidupan seseorang. Kata orang "daripada bujang kini berdua." Ia adalah satu proses pendewasaan dan kematangan. Sering kita mendengar pasangan suami isteri melahirkan rasa 'terkejut' mereka terhadap alam perkahwinan dan berumahtangga setelah mereka bernikah walaupun mereka telah bercinta bertahun-tahun.
Ada yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun telah bercinta dulu sebelum berkahwin. Ini kerana buat masa ini di Malaysia, walaupun pasangan secara majoritinya telah bercinta sebelum kahwin, telah biasa keluar berdating dan sebagainya. Masih ramai yang tidak menjadikan alam percintaan itu sebagai 'perkahwinan percubaan' atau telah mula bersekedudukan.
Perbezaan ketara dengan masyarakat Barat di mana jika mereka telah mula bercinta, mereka telah tinggal bersama dan keputusan untuk berkahwin adalah satu komitmen yang berbeza daripada komitmen untuk tinggal bersama dan bercinta. Bunyinya pelik tetapi itulah kenyataan sebenar masyarakat di Barat sehinggakan yang bersekedudukkan atau tinggal bersama lebih ramai daripada yang berkahwin.
Jika ditanya kenapa tidak berkahwin, mereka menjawab belum bersedia sedangkan mereka telah lama tinggal bersama seperti suami isteri. Itulah bezanya orang beragama dengan yang tidak.
Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah dan hubungan seksual dalam perkahwinan adalah ibadah dan kewajipan sedangkan tanpa nikah, hubungan seksual menjadi haram dan berdosa. Kebanyakan pasangan suami isteri hari ini menjadi keliru kerana kecelaruan kita dalam membesarkan anak-anak dan dalam proses mereka mencari jodoh.
Hari ini, ibu bapa begitu terbuka terhadap boyfriend atau girlfriend anak. Anak-anak pada kebiasaannya membawa pasangan balik ke rumah untuk diperkenalkan dengan ibu bapa. Ibu bapa anak perempuan dengan mudah membenarkan anak perempuan mereka 'dijinjing' atau dibawa ke sana ke mari oleh lelaki yang dikata boyfriendnya kerana mereka telah berjanji untuk kahwin.
Berboyfriend atau bergirlfriend adalah trend yang diterima di Malaysia sebegitu terbuka sekali walaupun emak dan ayah anak-anak adalah daripada aliran agama. Bagi mereka, jika tak kenal macam mana nak kahwin. Mereka juga takut jika anak perempuan tidak mencari boyfriend semasa belajar, nanti bila dah tamat belajar dan bekerja, tiadalah siapa berani melamar.
Jelas benar, ramai ibu bapa hari ini lupa terhadap konsep jodoh pertemuan hak Allah, dan hanya Allahlah yang Maha Mengetahui. Tidak hairanlah 'kebiasaan' membenar anak gadis keluar dengan teman lelakinya menyebabkan ramai pasangan muda terlanjur iaitu melakukan seks tanpa nikah kerana sering keluar berdua-duaan. Mereka didorong syaitan kepada kemaksiatan.
Kita berharap jumlah pasangan yang terlanjur semasa 'bercinta' tidak ramai dan kebanyakan pasangan mengenali hati budi pasangan yang ingin mereka nikahi sekadar keluar makan dan berjalan-jalan. Pun begitu, dari sudut hukum ia tetap haram.
Setelah 'bercinta' bertahun-tahun mereka pun berkahwin. Hairannya mereka boleh bercinta bertahun-tahun, namun apabila berkahwin belum sampai setahun sudah hendak bercerai. Bila ditanya, jawabnya, "Tiada keserasian atau tidak bersefahaman." Persoalannya, kenapa masa bercinta serasi, namun setelah kahwin, tiba-tiba tidak serasi? Pelik tetapi benar.
Sebenarnya ramai pasangan semasa berkahwin mempunyai harapan yang tinggi terhadap satu sama lain namun harapan itu tidak disampaikan. Ia disimpan sebagai satu harapan dan doa.
Sebenarnya, percintaan sebelum berkahwin tidak menjamin seseorang itu betul-betul kenal akan pasangannya. Ini kerana Allah jadikan manusia berkaum-kaum untuk mereka kenal mengenal antara satu sama lain dan apabila berkahwin bergaul dengan mesra. Jika pasangan mengambil sikap hormat menghormati antara satu sama lain, maka perceraian kerana tidak bersefahaman tidak akan berlaku.
Penyelesaiannya mudah, jika sedang bergaduh kerana perkara remeh temeh seperti ini, tanya soalan yang paling penting iaitu kenapa aku kahwin dengannya? Mestilah kerana cinta dan jika cinta mestilah sayang dan sesuai dan jika sesuai kenapa jadi tidak bersefahaman? Cari puncanya dan jika punca tidak sefahaman itu hanya isu ranting, istighfarlah. Kembalilah berdoa kepada Allah moga Dia memperkukuhkan perkahwinan hingga ke akhir hayat.
~ Cinta
Thursday, March 8, 2012
pantang memakan Tapah. bahan tesis
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm
9 Mac 2012
Ikan tapah pantang keturunan Pak Kadok
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
WALAUPUN enak, ikan tapah akan mendatangkan mudarat jika dimakan oleh keturunan Pak Kadok.
KISAH keturunan Pak Kadok tidak boleh menyentuh ikan tapah apatah lagi memakannya bukanlah perkara baharu. Pak Kadok yang terkenal dengan pepatah menang sorak kampung tergadai dikatakan membuat larangan itu selepas dia menemui seekor ikan tapah yang perutnya penuh dengan emas di Sungai Perak pada lebih 450 tahun lalu.
Pak Kadok pada masa itu baru sahaja kalah pertandingan sabung ayam menyebabkan ahli keluarga dan kampungnya tergadai kepada sultan. Emas yang diperoleh daripada ikan tapah itulah yang digunakan untuk menebus semula kampungnya itu.
Keturunan Pak Kadok yang dianggarkan seramai berpuluh ribu orang pada hari ini kebanyakannya berasal dari Kampung Tua di Lambor Kanan, Perak.
Berikutan peristiwa ikan tapah itu, keturunan Pak Kadok langsung tidak boleh menjamah ikan sungai itu sampai sekarang.
Jika dimakan juga, tubuh mereka bagaikan melecur, kulit melepuh seperti dicurah air panas bahkan ada yang sakit sehingga hampir maut. Untuk mendapatkan penawarnya, mereka akan kembali ke kampung berkenaan dan mengunjungi sebuah rumah yang dikenali Rumah Tua di situ.
Penjaga
Rumah Tua itu milik saudagar emas, Pandak Logam, iaitu salah seorang keturunan Pak Kadok yang menyimpan Emas Kancing Tapah, iaitu saki-baki emas yang didakwa ditemui Pak Kadok di dalam perut ikan tapah terbabit.
Air rendaman emas berbentuk kerongsang empat segi itu dikatakan berupaya mengubati penyakit yang dipercayai berpunca daripada perbuatan melanggar sumpah Pak Kadok.
Rumah itu kini diwarisi anak Pandak Logam, Hasmah. Bagaimanapun akibat sakit tua, Hasmah tidak lagi menetap di rumah berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya tinggal bersama anak saudaranya di Selayang, Selangor.
Tugas menjaga Rumah Tua itu kini dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tua, Zenal Ngah Haleb, 63.
“Kebetulan rumah saya terletak bersebelahan dengan Rumah Tua. Jadi, Hasmah meminta bantuan saya untuk membuka kediaman ini jika ada waris Pak Kadok yang memerlukan air penawar,” katanya kepada Jurnal.
Ujarnya lagi, air penawar yang disediakan sekali dalam setahun itu akan diminum atau disapu pada kulit yang melepuh.
“Setiap tahun sebelum bulan Ramadan, Hasmah akan pulang ke sini. Pada masa itu sahajalah orang ramai boleh melihat Emas Kancing Tapah itu kerana pada hari biasa ia disimpan di dalam sebuah peti besi di Rumah Tua ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBvE_lUpd6730qAJoucH614IZyf1hjkouygsnJT8mhKIxuFvPaZBpNXPj_JiIyzrbfm4ttHSku3pqu64ZsNzNSMfNSCZ_-5bwEUtJtyRH8FWTO3W4gHaDf8sW2k2EYS2xIzmSbPkXHCiw/s400/emas+kancing+tapah.jpg)
INILAH rupa Emas Kancing Tapah.
“Emas itu akan direndam ke dalam air yang disimpan di dalam sebuah bekas khas. Tugas saya adalah menokok air tersebut dan memastikan ia tidak kering,” terang Zenal.
Menurut Zenal, dua kejadian pelik berkaitan sumpahan itu berlaku baru-baru ini.
“Ada seorang wanita keturunan Pak Kadok terjamah hidangan ikan tapah semasa berkursus di Langkawi. Sekembalinya ke rumah, dia mengalami penyakit kulit yang kritikal.
“Doktor pakar di Hospital Taiping segera merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur namun berkat air penawar ini, wanita itu pulih semula,” kata Zenal.
Tambahnya, hal yang sama berlaku ke atas seorang budak lelaki berusia enam tahun yang seperti sudah tiada harapan lagi untuk hidup.
“Bapanya datang memangku anak kecil itu dan menangis minta dibantu. Jadi, saya suruh dia ratakan air itu ke badan anaknya dan diminum sedikit kerana saya percaya budak itu pernah termakan ikan tapah,” katanya.
Dengan izin Allah, ujarnya, keluarga budak itu datang menziarahi Zenal selepas genap 100 hari air penawar itu digunakan.
“Saya terkejut melihat anak kecil itu yang dahulu sangat lembik sudah boleh berlari-lari keliling rumah di sini,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)