Wednesday, March 21, 2012

darah Melayu mengalir dalam tubuhku

Selama berpuluh-puluh tahun bernafas di muka bumi ini, hanya petang semalam baru aku tahu bahawa dalam tubuhku ini mengalir juga darah Melayu. Selama ini kusangka mendiang nenek (sebelah bapa) 100% Iban. Yang kutahu hanyalah nenek moyang Iban membawa bersama nenek ketika berkahwin dengan datuk moyang tiri (Cina). Hal ini terbongkar beberapa hari lalu apabila bapa mengatakan wajah Clovis mirip Melayu.

Emak sangka bapa merepek. Yalah… kami tak ada keturunan Melayu. Kemudian barulah bapa mengatakan bahawa datuk moyang kami Melayu. Hal ini bermaksud bahawa nenek sebenarnya ialah Melayu , 50% Melayu dan 50% Iban.

Malam tadi apabila memberitahu hal ini kepada abang long, ternyata dia tidak terkejut. Katanya semasa kecil dahulu bapa pernah memberitahunya. Mungkin kerana dia ialah anak sulung, jadi bapa mahu dia tahu asal keturunan kami.

Hal ini menjelaskan rupaku yang mirip Melayu. Selama ini aku sangka aku Cina Iban yang sering disalah anggap sebagai Melayu. Rupa-rupanya ternyata sebahagian diriku Melayu. Selama ini memang aku lebih rapat dengan rakan Melayu, mencintai budaya Melayu dan kehadiran Cinta (abe ghamo-ghamo) dalam hidup ini menambah cintaku kepada Melayu.

Actually, it’s such as sweet surprise to know that a part of me is Malay although I’m not the lucky one to be a part of Cinta’s life which I really longed for.

12.03.2012
9.55am

No comments:

Post a Comment