Segalanya ibarat mimpi. Sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. 019 nombor pertama yang kudapat tetapi telah lama tiada. Kenangan paling indah menerusi 012 yang kuberi nama Cinta pada 26 Januari 2012 sesudah dia menghadiri temuduga KPM. Kukira 012 pun telah tiada lagi. Kutahu ada nombor Digi tetapi aku sengaja tidak mahu tahu agar aku tidak lagi mengganggu ketenangan hidupnya.
Benar, dialah rama-rama dalam hidupku. Rama-rama yang sempat aku nikmati keindahannya sebentar cuma. Tapi aku tahu rama-rama itu tetap indah sekalipun tidak dapat lagi mataku ini menatapnya.
Dia juga mentari, tiram, penyu…bahkan merak kayangan yang sangat aku sayang. Dan aku sedar aku tidak boleh mementingkan diri, menjadikannya hak milik aku seorang.
Sekalipun menyepi dan menghilang, aku yakin rasa sayangku kepadanya tidak pernah luntur. Tetap kuharap, kudoa kebahagiaan dan kesejahteraan dirinya. Selama ini aku hanya simpul erat dalam hati, betapa aku bersyukur dan berterima kasih kepada dirinya kerana kehadiranny telah mengubah hidupku, keinginanku dan pandanganku. Andainya ada peluang walau hanya sekali, ingin kuucap, “Terima kasih, Cinta” dari bibirku ini.
Apa-apa pun boleh terjadi sepanjang tempoh ini. Setulus hatiku tetap ingin mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada dirinya. Kukira pilihan ibunya memang yang terbaik. Zuriatnya nanti, anak-anak yang terdidik sempurna ilmu agama.
Aku reda akan ketentuan Tuhan. Tidak mungkin ada pengganti, namun aku tetap berbahagia dalam dunia kenangan terindah itu. Terima kasih, Cinta. Kasih ini tidak mungkin berubah walau kita dipisah laut biru. Cinta ini tidak pernah goyah, tidak pernah jemu, tidak akan terpadam dalam hatiku.
~ sealed with a kiss
11.03.2012
Saturday
7.55am
No comments:
Post a Comment