Sunday, November 13, 2011

11.11.11

Catatan 11.11.11

Rama-rama cintaku...

9.35am
Dalam slaid kursus semalam ada gambar rama-rama. Lewat petang semalam ketika asyik mengambil gambar pasu-pasu bunga di lobi Hotel Kingwood, Sibu, tetiba aku ternampak seekor rama-rama hiasan di atas sekuntum bunga hiasan. Sebentar tadi, kunampak guru yang duduk di hadapanku memakai klip rambut rama-rama (dua ekor). Malam tadi ketika keluar shopping dengan roomate di Premier, ketika dia mencari anting-anting untuk anaknya, aku sengaja mencari anting-anting rama-rama... ada banyak rupanya.

Pukul 10.30am... selepas teabreak, aku ternampak beg guru yang duduk di hadapanku juga ada gambar rama-rama.

12.10pm ... ketika makan tengah hari, aku ternampak kereta pengantin tiba. Maka keluarlah kedua-dua pengantin dan pengapit dari kereta tersebut. Pengantin perempuan memakai gaun berwarna purple.

2.15pm... di lapangan terbang Sibu, kawan mengajak aku melihat aksesori yang dijual. Ketika aku meninjau-ninjau, mataku tertancap pada anting-anting rama-rama. Maka akhirnya aku membeli satu set rantai berloket rama-rama dan anting-anting dengan harga promosi. Kukira itulah hadiah yang cukup bermakna bagi diriku sendiri pada tarikh yang begitu indah 11.11.2011.

Pada pagi 11.11.11 yang begitu istimewa dan dengan perasaan yang bahagia, aku hantar ucapan " : ) happy 11.11.11" kepada ramai kawan... Orang pertama yang kukirim ucapan, tentulah abe rama-rama.



Ann AnneAnna
Bought a lovely gift 4 myself on tis wonderful day 11.11.11 at sibu airport. A set of diamoney butterfly earrings n necklace wif butterfly pendant.. Simply love butterfly : )
Friday at 2:31pm via mobile

Ann AnneAnna
‎11.11.11 khas utk abe rama2...
November 10 at 9:40pm via mobile

No comments:

Post a Comment