Monday, November 14, 2011

Dila

Baru balik dari keluar makan bersama Dila. Esok dia akan kembali ke Semenanjung, dah berpindah sekolah.

Kami ok je sehinggalah dia menghantarku balik ke sekolah. Kami berpelukan dan berciuman pipi... dan aku berpesan agar dia menjaga 'abang' dan rumahtangganya dengan baik. Bukan mudah untuk seseorang bertemu jodoh, berkahwin... Sebagai seorang yang masih belum bertangga rumahnya, sememangnya aku hanya mampu menumpang bahagia orang lain.

Perkenalan aku dan Dila singkat sahaja. Dia posting ke sekolahku pada awal tahun 2011. Baru beberapa bulan lepas kami menjadi kawan yang rapat...aku bakal kehilangan dia.

Suatu saat nanti pada tahun hadapan, aku akan menghadapi suatu kehilangan yang lebih besar, yang lebih terasa.... abe rama-rama. Apa-apa pun, perkara yang paling penting ialah abe rama-rama hidup bahagia...dan aku pun menumpang bahagia.


15 Nov 2011
10.49am

No comments:

Post a Comment