Inilah lumrah kehidupan...
Kita menolak orang yang mencintai kita dan orang yang kita cintai pula menolak kita... menolak dan ditolak... Aku percaya hidup ini suatu putaran...segala-gala kita yang buat akan berbalik pula kepada kita.
Hidup tanpa cinta tiada ertinya... Tanpa cinta, jiwa mati. Aku bukannya memilih, tetapi pilihanku selalu bukan yang tercipta untuk diriku.
Untuk pertama kalinya dalam hidup, aku rasa cintaku seagung Liang Shan Bo dan Tzu Ying Tai, Romeo dan Juliet, Uda dan Dara... cinta yang benar-benar cinta biarpun cinta itu tidak menjadi milikku. Cinta yang membuatkan aku menitiskan air mata namun aku bahagia dengan cinta itu. Cinta yang membuatkan aku mengalah demi kebahagiaan dirinya. Cinta yang tidak pernah mati sekalipun telah ditikam dan dibunuh berkali-kali. Cinta tetap cinta...untuk selama-lamanya.
Maka, pada hari ini aku kuatkan semangat untuk hidup biarpun jiwaku hampir mati. Aku terima takdir hidup ini...aku pasrah. Segala sesuatu yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya. Yang paling utama, segala kekecewaan dan kegagalan mengajar aku bahawa tiada kuasa yang lebih besar daripada Tuhan. DIAlah yang menentukan segala-galanya...dan hidupku sememangnya hanya ada dalam tangan-NYA, dalam ketentuan-NYA.
7.31am
8 Nov 2011
No comments:
Post a Comment