Sunday, October 21, 2012

Hidup Ini Pinjaman Cuma

Seandainya aku kata dalam tempoh tiga tahun ini aku belajar menjadi dewasa, jangan tergelak pula, sebab inilah hakikatnya. Kukira belum terlambat untuk aku bermuhasabah… merenung kehidupanku sedalam-dalamnya… pada usia senja ini. Rabu minggu yang lalu aku dikejutkan oleh berita kematian seorang teman kepada kakakku – pemuda yang berusia 37 tahun – yang kacak bergaya – masih bujang. Ketika itu kurasa betapa rapuhnya hidup ini – semuanya tidak terduga. Alangkah rapuhnya kehidupan manusia. Hidup ini hanyalah pinjaman dan pada bila-bila masa Tuhan akan menariknya kembali. Tahun 2012 menyaksikan tragedi dalam hidupku – pemergian ayah yang tersayang – yang sehingga kini belum mampu aku hadapi hakikat kehilangannya. Bukan kematian yang pertama dalam keluargaku tetapi inilah kematian pertama yang aku saksikan sendiri sepanjang usia hidupku. Mungkin kerana aku tidak berada di sisi ayah ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir, maka akalku tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah tiada. Dalam sanubariku, dia tetap ada tetap hidup… hanya mataku tidak dapat lagi menatap diri ayah… dan aku juga tidak dapat lagi berbakti kepadanya. Dalam beberapa minggu ini ketika aku berhibernasi…bermuhasabah… hidupku menjadi lebih tenang. Aku tidak lagi mengejar apa-apa yang bukan milikku. Aku belajar untuk menjadi lebih kuat – kerana aku yakin itulah yang ayah mahu aku lakukan. Aku sedar kini. Segala perkara yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya. Perkara yang telah ditentukan oleh Tuhan bagi kehidupan kita – takdir-Nya yang tidak mampu kita ubah. Aku yakin Tuhan menghadirkan ‘dia’ dalam hidupku untuk menggerakkan aku meneruskan pengajian ke peringkat PhD. Aku bersyukur atas segalanya… apa yang ada… dan apa yang tiada. Sementara menanti nafasku ditarik kembali…nyawaku dipulangkan kepada asalnya….dan aku menghadap-Nya, maka aku harus meneruskan perjalanan hidup ini. Biarpun ada banyak keraguan, banyak ketakutan, banyak kerisauan….aku yakin perjalanan ini singkat sahaja. Ruang masa yang ada ini harus kuisi dengan perkara yang bermanfaat bagi diriku, keluarga dan juga orang lain. Aku tidak mengingini harta kekayaan, pangkat atau apa-apa pun… tetapi cukuplah sekiranya Tuhan memberi aku kebahagiaan sehingga ke titik noktah hidupku. Bahagia dalam segala kesederhanaan…. (22 Okt 2012)

Wednesday, October 10, 2012

a thousand years loving you

Semalam aku menonton drama bersiri Korea yang baharu melalui TV2, tajuknya “A Thousand Days Promise”. Aku kagum melihat ketabahan si gadis yang mencintai seorang jejaka dan jejaka itu bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan orang tuanya. Gadis itu walaupun sangat mencintai jejaka itu, namun dia kelihatan begitu tenang apabila si jejaka memberitahu bahawa tarikh perkahwinannya telah ditetapkan. Katanya, dia sudah banyak kali berlatih untuk menghadapi situasi itu dan ternyata latihannya telah banyak membantu. Si gadis malahan mampu tersenyum sehingga si jejaka memintanya menghentikan senyuman itu kerana dia sama sekali tidak percaya bahawa si gadis itu tidak rasa terluka ataupun bersedih sedikit pun. Baginya, si gadis itu terlalu tenang…begitu sukar untuk dipercayai. Dengan bersahaja, si gadis meminta agar si jejaka menikmati saat-saat terakhir mereka bersama. Aku teringat pada rama-rama. Aku juga sungguh-sungguh mencintai dirinya, seperti juga si gadis dalam drama tersebut. Andainya aku mendapat perkhabaran bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan, pastinya hatiku sangat hancur. Pastinya mutiara berguguran lagi. Tidak mungkin aku mampu setenang itu. Sebelum berpisah di tempat parkir kereta, si gadis memohon izin untuk ke tandas. Dia meluru masuk ke dalam tandas lelaki… membuka kasut tumit tingginya lalu duduk di atas mangkuk tandas. Kemudian.. terbongkarlah perasaan si gadis itu yang sebenarnya. Sesungguhnya hatinya sangat terluka… Perasaan yang ditahan-tahannya tadi semuanya terlerai sudah. Tangisan yang begitu pedih… begitu pilu. Aku tahu aku harus merelakan dia pergi… rama-rama yang terindah itu… (11 Oktober 2012; 2.01pm)

Sunday, October 7, 2012

Diari Luka

5 Okt 2012 (Jumaat) – Aku mengunjungi pohon engkabang. Alangkah hampanya apabila pohon yang berbuah lebat pada bulan Ogos itu hanya berbuah beberapa biji. Aku hanya nampak 3 biji buah bergantungan di pokok – satu di kiri, satu di tengah, satu di kanan… Ketika mengambil gambar di situ, kamera Ziha yang kupinjam bermasalah. Rosak skrinnya. Mungkin sudah uzur tetapi memandangkan perkara itu berlaku ketika kamera itu kupinjam, maka aku harus bertanggungjawab. Kameraku sendiri telah rosak sebelum sempat aku sampai ke Kapit pada 15 September 2012. Balik ke rumah, petang itu aku memasak air di dapur. Selesai urusan memindahkan gambar dari kamera ke laptop, aku tidur petang. Sekurang-kurangnya selepas satu jam 30 minit, aku bangun dari tidur lalu aku tersedar bahawa aku ada memasak air. Aku meluru ke dapur dan mendapati bahawa dapur gas sedang terbakar. Dengan cepat kujirus air. Rupa-rupanya pemegang cerek yang diperbuat daripada plastik dan besi hangus terbakar. Syukurlah.. api itu tidak sampai ke salur gas. Kalau tidak, aku tidak sempat pun mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang kusayang. 6 Okt 2012 (Sabtu) – Hari ini sekolah gantian. Rama-rama memuat naik gambar jamuan akhir tahun sekolahnya. Dia kacak sekali… rakan-rakan sejawatnya pula begitu cantik dan anggun (aku klik ‘like’). Ada satu catatan dalam FBnya yang membuatkan hatiku terasa begitu hancur untuk sekian kalinya. “Rupanya siapa saya di mata awak tak sama dengan siapa awak di mata saya” Naluri aku mengatakan bahawa kata-kata itu ditujukan untuk aku, begitu cocok dengan diriku. Gambar cover FBku kuguna gambarnya dengan menggunakan teknik PhotoMania. Di dalam mata itu, ada dirinya. Aku klik ‘like’ juga untuk catatan ringkas itu biarpun hatiku terluka. Kata-kata seumpama itu bukan yang pertama aku terima, malah itu kali yang ketiga. 1st (4 Disember 2009): “Saya tidak pernah declare apa-apa.” 2nd (2010): Emel yang pertama daripadanya, “Perkara yang paling kejam ialah membuatkan seseorang jatuh cinta tanpa ada niat untuk menyambutnya.” 3rd (6 Okt 2012): “Rupanya siapa saya di mata awak tak sama dengan siapa awak di mata saya” Dan pada tarikh 6 Oktober 2012, telefon bimbitku juga rosak. Telefon bimbit yang ada menyimpan mesej kepada diriku dan juga mesej aku kepada dirinya, dan juga catatan-catatan hatiku tentang dia. Dugaan apakah lagi??? Mungkin Tuhan pun mahu aku melupakan si dia… membina hidup yang baharu. 7 Okt 2012: Kugunting rambut… pendek... Yang paling pendek dalam tempoh 12 tahun ini. Rambut terpendek aku adalah pada tahun 2010 ketika aku putus cinta untuk kali pertamanya. Yang ini, aku tidak menganggapnya sebagai putus cinta kerana kami tidak pernah menjalin hubungan cinta walaupun jalinan sayang kepadanya begitu kuat. Rasa kecewa dan terluka yang lebih mendalam berbanding ketika hubungan aku dan mantan kekasihku merenggang dan terputus tanpa kata putus, 12 tahun yang lalu. Tahun lepas, pada bulan September 2011, rambutku juga digunting pendek tetapi tidaklah sependek ini. Guntingan itu gara-gara dia memadamkan akaun FBnya yang satu lagi, yang sememangnya tidak aktif tetapi dipadamkan (kurasa kerana ungkapan sayang yang aku luahkan). Ketika itupun, hanya ada 5 orang rakan FBnya, dan salah seorangnya ialah sahabat karibnya… dan seorang lagi gadis idamannya… (naluriku mengatakan begitu). Telefon bimbit itu kuhantar untuk dibaiki, tapi percuma sahaja wang dihabiskan kerana memang telefon bimbit itu sudah nazak. Sekarang telefon bimbit itu dibiarkan sahaja tidur, dan suatu masa nanti apabila aku sudah bersedia… akan kupindahkan semua catatan dam mesej ke laptop. Ya.. untuk mengingat kembali kenangan indah dan kata-katanya yang manis… moga suatu hari nanti mampu dijadikan sebuah novel cinta yang luka. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna bahawa dia akan terus tersingkir dari ingatan dan hatiku. Seperti kata kak Syam, biarlah ia duduk diam-diam di dalam hati. Aku tidak pernah membenci. Masih sayang. Dan biarlah kesudahannya begini saja. Sememangnya dia layak mendapat yang terbaik dan jauh lebih baik daripada diriku. Ya.. biarlah dia hidup bahagia… Aku tidak pernah dan tidak akan mengganggu hidupnnya. Kalau sekadar mesej ucapan, itu hanyalah ucapan tanda aku masih mengingati dirinya… biarpun sebagai sahabat saja… sahabat alam maya. Tidak mengapalah engkau bersikap kejam terhadap diriku… mungkin tanpa engkau sedari… Kalau masa lalu dapat diulang kembali, aku lebih rela engkau tidak pernah hadir dalam hidupku daripada aku harus meratapi kehilanganmu. 8 Oktober 2012 8.55am

Tuesday, September 25, 2012

Cintaku di Grand Continental

Catatan dimulakan pada 23 Sept 2012, 1.30pm di Kuching International Airport. Semalam sebelum pukul 8.00 malam, ketika aku dan Z mengintai kek di lobi hotel, tetiba ada satu tangan yang menyentuh lenganku pada saat aku masih menunduk memerhatikan jenis kek yang ada . Begitu mendadak sehinggakan aku tidak pasti sama ada orang itu ada berkata ‘hai’ ataupun tidak. Pandanganku bermula dari kaki… berseluar panjang…lelaki. Dalam hatiku.. ‘aku kenalkah lelaki ini’. Sehinggakan apabila menatap wajahnya… aku masih terasa kosong… langsung tidak dapat mengingat ataupun berfikir… untuk beberapa saat lamanya aku terkaku. Antara mimpi dan realiti… (Pertemuan 1) Wajah itu… wajah tampan itu…. Ya Tuhan, rupa-rupanya dia ialah Az. Dia bertanya tentang kursus yang aku hadiri. Aku juga bertanya tentang kursusnya walaupun ketika di luar pintu masuk hotel ada terpampang notis tentang kursus-kursus yang sedang diadakan…dan aku ada ternampak kursus diploma antarabangsa PJ. Dalam hatiku mengatakan bahawa Az mungkin mengikuti kursus tersebut walaupun sebenarnya aku sama sekali tidak pasti. Aku pernah ternampak update kat FB yang menyatakan rasa kesalnya kerana kursus diploma antarabangsa PJ hanya diadakan di Kuching sedangkan bumi Sarawak begitu luas. Aku sangka Az tidak jadi mengikuti kursus itu. Memandangkan kursus itu berkaitan dengan PJ, mungkin Az ada kerana tahun lepas dia juga mengikuti kursus PJ di Sabah… tambahan opsyen. Pada tengah hari Jumaat (21 Sept 2012) aku ada ternampak update kat FB Az yang menyatakan bahawa dia check-in Hotel Grand Continental, Kuching 18 jam yang lalu. Hal ini bermaksud bahawa dia telah berada di situ sejak hari Khamis. Kuharap dia masih berada di sana apabila aku berkursus di situ pada hari Sabtu dan Ahad. Bagaimanapun, aku tahu aku tidak boleh terlalu berharap kerana belum pernah ada pertemuan dengannya walaupun kami sama-sama menetap di Bintulu – tidak pernah tertemu satu sama lain. Saat itu, dia sudahpun berada di hadapanku. Detik yang begitu kudamba sebelumnya… tapi pada ketika itu aku menjadi begitu kaku… begitu kelu… begitu gemuruh… Sewaktu makan tengah hari di Sarawak House, Z kata ada ada satu kumpulan yang memakai track suit.. katanya tentu kumpulan Az dan Az tentu ada dalam kalangan mereka. Entah mengapa aku menjadi begitu gementar… walaupun belum lagi ternampak diri Az. Tanganku menggeletar ketika mengambil makanan. Memang aku dambakan pertemuan dengan dirinya tetapi aku terlalu gementar untuk menghadapi saat pertemuan itu. Sehingga habis makan dan balik ke bilik hotel, aku tetap tidak nampak dia. Mungkinkah dia sememangnya tidak lagi berada di hotel itu? Setiap kali masuk atau keluar dari lif, betapa aku berharap dapat menatap lagi dirinya… Kini, dia berada di hadapanku dan tetap begitu kacak seperti dulu. Malah lebih kacak daripada yang kugambarkan sewaktu makan tengah hari. Wajahnya begitu berseri-seri… begitu bersih daripada segala noda. Kemudiannya, dia berlalu… Aku bertanya ‘ada kursus lagi?’ untuk malam itu. Aku tidak tersebut namanya kerana gugup… mungkin juga terlalu sukar untuk percaya realiti yang muncul di hadapanku. Betapa saat itu tidak pernah pun wujud sepanjang tempoh 3 tahun aku mengenali dan menyayangi dirinya. Dia lalu menoleh ke belakang dan menjawab ‘ya’. Aku memberikan lambaian kecil kepadanya… melihat dia melangkah keluar dari pintu utama hotel… tetapi aku tidak pasti sama ada dia nampak ataupun tidak. Aku terkaku.. kelu lidah… dan perasaanku berkocak kuat. Aku hampir-hampir terlupa tujuan asalku hendak membeli kek keju. Tidak sabar-sabar untuk memberitahu Z yang berada di sebelahku tentang ledakan perasaanku. Semalaman aku tidak dapat tidur. Perasaanku bercampur baur – gembira.. terharu… Rasa begitu terharu melihat dirinya, apatah lagi dia datang mendekati dan menegurku. Ketika breakfast pagi tadi, aku cuba intai-intai dirinya tapi tidak ketemu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari ruang makan, Z kata ada ‘dia’. Aku menoleh kiri dan kanan tetapi tidak nampak dia. Beberapa kali Z kata ada dia tetapi memandangkan aku tidak nampak dirinya maka aku sangka Z mengusik aku – sebab dia tahu aku akan berasa sangat gementar apabila hadirnya Az. (Pertemuan 2) Turun dari bilik untuk menuju ke dewan kursus, aku mengintai ruang makan. Aku ternampak dia duduk di meja pertama pintu masuk dan juga menghadap ke arahku. Aku nampak dia tersenyum – mungkin senyuman itu ditujukan kepada rakannya yang duduk bertentangan dengannya – tetapi adalah lebih baik sekiranya aku menganggap senyuman itu ditujukan kepadaku – agar aku boleh tersenyum bahagia. (Pertemuan 3) Lama juga duduk di lobi menanti tempahan sambal laksa Sarawak sampai untuk dibawa ke Pulau Pinang bulan Oktober nanti sebagai ole-ole untuk kawan-kawan di sana. Dan juga masa untuk makan tengah hari sebenarnya. Teringin untuk sekali lagi menatap dirinya. Sesudah barang sampai, aku dan Z masih lagi duduk di lobi – terasa berat hati untuk melangkah pergi. Setelah beberapa ketika, akhirnya aku mengambil keputusan untuk bertolak ke airport dan lunch di sana. Aku dan Z keluar dari hotel sambil membawa barang-barang ke arah teksi yang diparkir bersebelahandi bahagian tepi hotel. Tiada pemandu teksi. Aku mencadangkan agar meminta pihak pengurusan hotel untuk memanggil teksi lalu kami mulai bergerak masuk ke dalalm hotel. Sejurus sebelum sampai ke pintu masuk, Z kata ada Az. Secara kebetulan, kereta kawannya diparkir di hadapan pintu hotel manakala Az dan rakannya semacam sibuk memunggah barang ke dalam kereta. Terasa malu untuk bertentangan mata dengannya, maka aku berbuat selamba dan melangkah masuk ke dalam hotel – mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar Az. Tidak pernah mempunyai kesempatan untuk bergambar berdua dengan dirinya, tetapi cukuplah seandainya aku dapat mengambil gambarnya untuk tatapan hati yang merindu. Baru sempat ambil 1 gambar, aku dapati Az mulai melangkah masuk ke dalam hotel. Untuk mengelak daripada diketahui oleh dirinya, maka aku dan Z terus melangkah ke kaunter hotel – meminta teksi. Di belakang kami, Az kelihatan berlari-lari menuju ke lif lalu naik ke atas. Pegawai di kaunter kelihatan tersenyum-senyum. Sesudah memanggil teksi, kami duduk di lobi. Z kata mereka tersenyum-senyum melihat aku – macam faham-faham je. Terasa malu, tetapi aku berbuat selamba. Aku memasang kamera… bersedia mengambil gambar Az yang akan turun pada bila-bila masa. Hanya sempat ambil 2 gambar kerana Az berjalan dengan begitu laju sekali… kedua-dua gambar itu kabur. Takpa la… sekurang-kurangnya ada gambar yang menampakkan bahagian belakang tubuh Az. Itu pun sudah memadai. (Pertemuan 4) Check-in di kiosk. Kemudian Z pergi menunaikan solat – tinggallah aku seorang diri di di bangku bersebelahan dengan seorang pakcik. Walaupun duduk di baris hadapan, kedudukan aku agak tersorok oleh troli aku dan pakcik itu. Terasa bosan lalu mengeluarkan handphone. Ketika mengangkat wajahku, aku ternampak Az dan rakan-rakannya di kiosk. Mereka membelakangkan aku, jadi aku pasti Az sama sekali tidak ternampak aku di situ. Apabila mereka mulai meninggalkan tempat itu, aku menundukkan wajahku – mengelak daripada menatap dirinya kerana aku berasa gementar… serba salah dibuatnya. Seketika kemudian apabila aku mengangkat kepala dan tercari-cari Az, aku ternampak Az dan seorang kawan wanita berdiri di bahagian luar kaunter daftar bagasi. Sekejap saja aku menunduk, Az dan rakannya sudah tidak kelihatan lagi. Terasa hiba hati ini kerana Az telah meninggalkan aku. Aku tercari-cari tetapi hampa. Sah, dah tiada. Mungkinkah kami akan menaiki flight yang sama? Ada harapan…ada keinginan… tetapi realitinya aku tidak pasti. (Pertemuan 5) Aku dan Z makan di KFC. Ketika berjalan menuju ke KFC, aku sangat berharap Az ada di restoran makanan segera kegemarannya itu. Tiada. Hampa sungguh diriku. Masih ada masa 1 jam lagi sebelum penerbangan, tetapi aku memberitahu Z supaya tunggu sahaja dib alai berlepas. Ziha mendahului. Aku berjalan dalam kekosongan… Sebaik sahaja hendak membelok masuk ke balai berlepas, aku ternampak Az dan kawannya di luar balai berlepas. Saling bertukar senyuman, Az bertanya ‘dah nak balik?’.. Aku berhenti di sebelahnya dan menjawab ‘ya’. Aku tanya ‘belum balik?’. Dia jawab ‘esok’. Aku tanya ‘esok tak mengajar?’. Katanya ‘mengajar. Balik awal pagi.’ Aku tersenyum lalu kata ‘bye-bye’ sambil tangan kananku membuat lambaian kecil. Az mungkin ada kata ‘pergilah’ atau ‘ya’… memberi izin kepadaku untuk masuk ke balai berlepas kerana Z sudah menungguku di kaunter scan barangan. Sebaik sahaja aku meletakkan beg plastik berisi kek dan beg tanganku, aku menoleh ke belakang..dengan harapan dapat memberi lambaian sekali lagi… tetapi Az sudah tiada. Berdasarkan kiraanku, sepanjang 2 hari di Kuching, ada 5 kali pertemuan dengannya… sama ada Az sedar ataupun tidak. Angka ini hampir menyamai pertemuan kami sepanjang 3 tahun ini. (2009-2012) 1. Pertemuan pertama – 17 Okt 2009 2. Okt 2009 – sepanjang petang bersama – pertama kali menikmati saat romantic bersama seorang lelaki 3. Okt 2009 – Az hantar ke sekolahnya… kemudiannya dia ikut bersama E utk menghantarku balik pada petang itu 4. 13 Okt 2009 – sambut birthday E di KFC 5. Okt 2009 – bertemu berdekatan terminal bas – Az serahkan borang soal selidik 6. Okt 2009 – serah balik borang soal selidik kepada Az – Az hantar balik ke kuarters 7. 27 Mac 2011 – singgah di bawah kuarters – dalam perjalanan balik ke Btu 8. 6 Jan 2012 – serah buku kajian – Az hadiahkan kerongsang mutiara 9. 22 & 23 Sept 2012 – pertemuan pertama tanpa diatur. Tuhan, aku bersyukur kepada-Mu untuk pertemuan ini yang sangat kudamba sepanjang 3 tahun ini. Kesimpulan yang boleh aku buat, aku masih sangat menyayangi Az. Cinta bererti membiarkan Az memlilih yang terbaik untuk dirinya. 26 Sept 2012 (Rabu) 1.21pm

Thursday, September 20, 2012

petanda awal sebelum kehilangan ayah

Post terakhirku di FB adalah pada 11 Mac 2012. "Slama ini hanya tahu mendiang nenekku (sebelah bapa) ialah Iban. Hari ini baru aku tahu salasilah yg sebenar. Rupa2nya nenek moyangku Iban manakala datuk moyangku Melayu. Hmm...patutlah aku bgitu rapat dgn rakan Melayu n cinta budaya Melayu... Rupa2nya dlm tubuh ini mengalir jg darah Melayu ~ mjejak asal diri ^^" Kemudiannya aku menjadi begitu tidak suka pada FB... semacam ingin deactivate akaun FB. Bulan Mac 2012 juga aku melatih 15 orang pelajar untuk pertandingan drama komsas. Kupilih drama Atap Cengal Dinding Sayung... yang mengisahkan konflik keluarga apabila tsunami melanda dan si ayah hilang di laut (disangka telah mati tetapi akhirnya kembali semula). Pertandingan drama komsas di SMK Asyakirin pada tarikh 21 Mac 2012 - tarikh ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah pada 23 Mac 2012!!! 21 Sept 2012 12.45pm

lukisan

Lukisan Shahrizan ni dah aku tempah... bayarannya akan dijelaskan hujung bulan ni. Aku akan bingkaikan lukisan ini nanti. Pertama kali menatap lukisan ini ketika pameran seni di sekolah, aku sudah terjatuh hati kepada lukisan ini. Lukisan itu mengingatkan aku kepada tangan Az yang pernah memegang tanganku untuk naik ke pulau kecil di TB. Walaupun seketika sahaja, namun kenangan indah itu tidak mungkin dapat aku lupa. Tangan itu jugalah pernah kugigit sekali. Inilah tafsiran yang kuberi untuk lukisan ini: Tafsiran 1: Lukisan ini walaupun ilhamnya drp tunggul kayu tetapi begitu abstrak... begitu ada nilai seninya... tergantung kpd tafsiran individu... bagi sy, lukisan ini penyatuan 2 lengan (melambangkan penyatuan 2 insan) dan cabang yang berselirat di atasnya ialah jari2 (melambangkan banyaknya matlamat yg ingin dicapai bersama). - Aku teringat tangan Az yang pernah memegang tanganku untuk naik ke pulau kecil di TB. Walaupun seketika sahaja, namun kenangan indah itu tidak mungkin dapat aku lupa. Tafsiran 2: Impian dan harapan telah mati, sama spt kayu mati yg asalnya pohon hijau yg tumbuh meninggi subur. Cabang2 pokok melambangkan hala tuju masing2 yg x mungkin bersatu lagi. Yang tinggal hanyalah sisa kenangan. Hitam….... Kelam….... T T (10 Sept 2012, 10.33pm) - kutahu dia bukan milikku 21 Sept 2012 12.06

di balik kata-kata

Rama-rama: "Tahniah dan selamat maju jaya dan apa jua bidang yang diceburi. Walau bagaimana kesakitan, ianya bakal hilang. Tetapi sekiranya menyerah kalah, kesakitan akan berkekalan sepanjang hayat." - 8.45am, 20th Sept 2012. ("dan" sepatutnya "dalam" tetapi kukira dia tidak kisah pun untuk memeriksa sekali lagi kerana aku bukanlah siapa-siapa yang istimewa bagi dirinya.) Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga kata-kata daripada dirinya. Kuucapkan terima kasih. Entah mengapa, aku begitu rindu untuk mendengar dia berbicara lagi kepadaku. Aku sepatutnya bersyukur kerana masih ada kata-kata ini untuk diriku. Pelbagai tafsiran boleh diberi, tetapi tafsiranku yang pertama ialah aku harus kuatkan semangat dan teruskan hidup ini seadanya biarpun tanpa cintanya. Entah mengapa, itu yang paling berkesan dalam hatiku. Tafsiran 1: Kepedihan hati kerana tidak dapat memiliki dirinya akan hilang juga suatu hari nanti tetapi kejayaanku dalam menyelesaikan perjuangan PhD itulah yang paling utama. Tafsiran 2: Kematian ayah sememangnya menyakitkan... tetapi itulah lumrah kehidupan... setiap yang hidup pasti akan mati. Suatu hari nanti, aku akan mampu menghadapi kehilangan ini walaupun perasaan sayang dan rindu itu tidak mungkin akan hilang. Tafsiran 3: Kurasa inilah maksudnya yang sebenar. Adalah tidak mudah untuk meneruskan PhD tetapi aku harus punya kekuatan untuk menyelesaikannya agar tiada rasa kesal dalam hidupku ini. 21 Sept 2012 11.48am

hidup ini suatu persinggahan

21 Sept 2012 at 11.13am Surayani Alias :: Mendengar perkhabaran seorang kawan yang dikenali d kpg meninggal dunia...takziah tuk keluarga allahyarham...semoga rohnya dicucuri rahmat....al-fatihah...آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ • • 7 minutes ago via BlackBerry • Aenn:: menginsafkan diri kita bhw masa kita juga akan tiba suatu hari nanti... 4 minutes ago • • Surayani Alias:: BETUL TU Aenn...KADANG2 KITA ALPA.... 3 minutes ago • • Aenn:: juga menginsafkan diri kita bhw kita perlu hargai dan tunjukkan kasih kpd org yg kita sayang... contoh terbaik dlm hidup sy ialah pemergian ayah sy... ahad ni (23 Sept 2012).. genaplah setengah tahun... tapi terasa baru semalam dia pergi about a minute ago •

Wednesday, July 11, 2012

chat wif cik siti (12th July 2012)

Ann AnneAnna ‎Cik Siti: ayah Hani meninggal dunia pasai apa ya?? dpt tau melalui FBnya... kebetulan hari Jumaat juga, sama spt mendiang ayah sy • Cik Siti o ayah Hani ...mybe Heart Attack...sbb sblm ni xdak pyakit apa-apa pon ...dia pengsan kat kebun.. sampai umah dah x ada nafas dah akak.. Ann AnneAnna o sama mcm ayah sy... heart attack secara tiba2... tak pernah pun ada heart attack sblm ni Cik Siti o itulah k.anne kt kn kuat kan o mmg ms ni keadaan hani k luar nmpak ok.. o tp ke dalam tuhan jer yg tau betapa sedih o k.anne pon pernah rs • Ann AnneAnna o ya la... sy smp skrg pun masih belum dpt terima hakikat kehilangan ayah sy • Cik Siti o n siti pon pernah rasa...kehilangan ibu 2 tahun lps.. • Ann AnneAnna o kita ni senasib.. anak yatim rupanya • Cik Siti o ye k.anne.. o msh rs sdih lg ni o walaupon dh lm... o hani y br ni prgi ni mesti lg rs kan akak • Ann AnneAnna o ya.. tak sampai seminggu pun o dahlah dia akan nikah tak lama lagi o tentu sgt2 sedih takda ayah sbg wali • Cik Siti o 2 lah nikah mybe akan di tunda o sbb kluarga msih sdihkan • Ann AnneAnna o sepatutnya bila tarikh nikahnya?? • Cik Siti o dalm buln november o lp lah 16 kot o sbb awal muharram • Ann AnneAnna o Siti bila la pula?? o hujung tahun ni juga ke? • Cik Siti o siti klu xdak apa2....bulan 1 o akak ct jmput terus ni.. o heheh • Ann AnneAnna o tq o bulan 1 takda la cuti o takpa... sy tumpang bahagia o tahniah... • Cik Siti o ct kt putus xada lag...tgu tunang balik dl o Ann AnneAnna o hehehe... selamat berbahagia... o giliran k.ann tak tau bila lagi o hehehe • Cik Siti o tq...akakn dtg giliran k.ann o jgn isau • Ann AnneAnna o reda je... o terserah pd takdir o • Cik Siti o ye.. o xmau sdih2 tau o k.anne tye ckit blh? • Ann AnneAnna o ya • Cik Siti o k.ann still ngm abe rama2 ka? • Ann AnneAnna o hehehe... takda la... tapi masih sgt sayang dia o knp?? hehehe • Cik Siti o hehe xnk cr org lain ka.. o heheh jgn mrh o tye jer o akak kan cantik lg • Ann AnneAnna o tak mare o ramai gak org tanya o secara jujurnya... sy hanya minat pemuda melayu yg bernama rama2 o hahaha... • Cik Siti o akak pernah cb rapat dgn pmuda mlyu laen x? • Ann AnneAnna o tak... o hehehe... o nak rekomen seseorg kpd sy ke? • Cik Siti o xdak lah • Ann AnneAnna o hehehe... • Cik Siti o ct xpndai nk rekome2 ni • Ann AnneAnna o hehehe... o xpa... sy lebih suka pertemuan yg natural spt dgn abe rama2 sy tu • Cik Siti o ye...

Friday, April 6, 2012

warkah utk kak Syam

Thanks, Kak Syam atas ucapan takziah.

Pemergian bapa saya begitu mendadak. Awal pagi tu dia mengadu tidak sihat. Pukul 4 lebih dia panggil mak saya. Mak saya urut2 badannya. Dia tidak pernah sakit teruk, jadi mak saya tidak terfikir pun untuk minta orang hantar bapa ke hospital. Pukul 6 lebih tubuh dia semakin lemah. Waktu adik saya sampai ke rumah untuk hantar anak2 sebelum ke sekolah, ternyata bapa saya perlu dihantar ke hospital.

Dah masanya untuk dia pergi... masa yang telah ditentukan oleh Tuhan. Dia pergi dalam keadaan yang sangat tenang, mungkin sebelum 7.30am. Wajahnya ibarat orang yang sedang tidur lena.

Andai ditanya, antara kehilangan bapa saya dan Az, manakah kehilangan yang lebih besar bagi diri saya? Jawapannya, tentulah bapa saya. Kami telah terpisah oleh langit dan bumi. Bapa saya la yang membesarkan saya dengan segala susah payah. Tanpa dia, tiada saya. KAsihnya kepada saya begitu besar dan tidak terbalas oleh saya.

Az pula hanyalah seorang lelaki yang pernah muncul seketika dalam hidup dan kini dia telah lama menghilang. Cinta kepadanya mungkin hanyalah nafsu dan ternyata hanyalah cinta yang bertepuk sebelah tangan. Kini, saya biarkan rama2 itu terbang bebas, walaupun di hati saya masih ada dia.


6 April 2012
8.39pm

Wednesday, April 4, 2012

indahnya alam perkahwinan

Utusan Online : 03/04/2012

Indahnya alam perkahwinan

Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR

PERKAHWINAN adalah cara untuk meletakkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan di landasan yang betul. Ikatan perkahwinan merupakan ikatan yang dibina atas tuntutan agama dan bukan atas kehendak nafsu semata-mata.

Apabila kita perhatikan insan sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit.

Jauh di sudut hati, kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang.

Penolong Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN), Rahmah Othman berkata, terdapat beberapa perkara yang harus diamalkan dalam mengukuhkan perkahwinan, sama ada untuk yang baru melangkah ke alam perkahwinan mahupun yang lama.

"Gerbang perkahwinan ini bukan sekadar melayari mimpi indah. Di dalamnya penuh onak dan duri, adakalanya bahtera dikemudi hilang arah tujuan dan memaksa untuk berteduh dan berlindung.

"Justeru, antara perkara-perkara yang harus dipraktikkan adalah seperti mengamalkan bahasa cinta. Dengan melafazkan kata-kata yang memberi keyakinan seperti pujian, penghargaan, dan galakan kepada pasangan masing-masing.

"Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan "sayang", "I love you", "I missed you" dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

"Jika si isteri atau suami ingin ke tempat kerja katakan padanya seperti 'sayang, bawalah kereta hati-hati, saya sayangkan awak' dan kata-kata lain yang boleh memberi semangat untuk dia melakukan kerja," katanya.

Rahmah berkata, masa adalah sangat berharga , maka wujudkan masa ceria bersama pasangan seperti memberi hadiah walaupun hari itu bukan hari lahirnya.

Ini demi memperkukuhkan ikatan dan menggembirakan pasangan.

Beliau juga menjelaskan bahawa sentuhan fizikal juga adalah satu bentuk komunikasi yang paling berkesan dalam menyemarakkan api cinta.

Sementara itu kerap menzahirkan rasa cinta sama ada melalui sentuhan mahupun ucapan, ia akan melahirkan keselesaan bila berdua dan akan menjadi akrab dan mesra antara satu sama lain.

"Sikap hormat menghormati, bertanggungjawab, memahami minat pasangan, pandai untuk menangani konflik bersama serta membuka ruang komunikasi yang positif akan membuahkan hasil yang baik.

"Apabila berada di alam perkahwinan ini, kita perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih positif dalam diri.

"Pertamanya, menerima baik dan buruk perlakuan pasangan, tukar pandangan anda dengan berfikiran positif, kemudian tunjukkan yang anda mengambil berat terhadapnya seperti bersikap penyayang dan jangan pula berpura-pura," ujarnya.

Di samping itu, sifat saling memaafkan merupakan sifat terpuji dan perlu diamalkan, selain bercakap, berbincang, merancang dan membuat keputusan secara bersama.

Sebagai ketua rumah, suami wajar berunding terlebih dulu dan menghormati pandangan isteri.

Perkara lain yang lebih penting jelasnya adalah bersikap romantik yang biasanya lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang.

"Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing," ujarnya.

Wednesday, March 21, 2012

jaga lidah

Jangan biarkan lidah 'memandu' kita ke neraka
Oleh Nik Salida Suhaila

Berita Harian Online 2012/03/22
Berbicara berdasarkan pengetahuan bukan buat tohmahan menyakitkan hati

KEMAJUAN teknologi dan kecanggihan medium komunikasi hari ini memungkinkan silaturahim manusia bertambah erat, malah sistem perantaraan yang serba pantas sedikit sebanyak turut memberi kesan yang positif dalam sistem penyampaian. Sungguh pun begitu, setiap sesuatu adalah baik sekiranya ia digunakan dengan baik dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dalam hal yang berkaitan dengan komunikasi sesama insani.

Sebelum adanya medium komunikasi maya, kita hanya bermuamalah antara satu sama lain dengan cara bersemuka dan melalui alat perhubungan jarak jauh seperti surat, telefon, faks dan sebagainya. Walaupun komunikasi jarak jauh tidak sama dengan komunikasi bersemuka, tetapi kita tetap menjaga budi bahasa dalam berbicara. Memang itulah juga yang dituntut oleh agama kerana adab ketika berbicara antara sesama manusia bukan hanya sekadar apabila kita menghadap wajah, tetapi perlu disantuni setiap masa.

Begitu juga hubungan kita dengan makhluk Allah SWT yang lainnya. Lantaran Allah SWT menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain, maka manusialah yang harus bersopan santun sewaktu bermuamalah dengan sesiapa saja, termasuklah kepada binatang dan alam. Keistimewaannya yang paling utama ialah Allah menciptakan akal supaya manusia berfikir, maka fikirlah setiap satu matlamat dan akibat atas setiap bicara kita.

Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya dengan menggunakan dua tangan atau lirikan mata sebagai isyarat. Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya, Dialah yang telah mengajarkan al-Quran, Dialah yang telah menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.” Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk memanfaatkan lidah supaya sentiasa mengungkapkan kalimah yang mulia agar setiap butiran bicara itu mendapat keredaan Allah.

Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta sikapnya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah adalah ibadat yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Perkara yang paling utama apabila kita berbicara ialah jangan sekali-kali kita berbicara mengenai sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa. Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan atau keterlanjuran berkata-kata mengenai sesuatu yang tidak pasti dan sia-sia. Di dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1-3 Allah SWT merakamkan kalam yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara dan jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk atau terlalu banyak tohmah kerana mereka akan menyakitkan hati saja. Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Abu Darda' menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan.

Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Daripada Jundub bin Abdullah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si polan itu.’ Allah Azzawajalla lalu bersabda: “Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si polan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Kalau diperhatikan, perbualan hari ini banyak yang menyentuh perihal orang lain. Banyak kali ia mengakibatkan perasaan yang terluka jika diketahui si empunya diri mengenai tohmah yang dilempar, sering kali pula mangsa tohmah memutuskan silaturahim kerana tidak ingin memaafkan orang yang mengata. Hal ini amatlah memalukan umat Islam yang utuh dengan sikap saling menghormati sesama saudara seagama dan takutkan kekufuran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Riwayat al-Bukhari).

Justeru, jangan kita biarkan lidah yang diam di dalam mulut kita menjadi sebab untuk kita fasik dan kufur sedangkan dengan lidah jugalah kita boleh menghuni syurga-Nya yang mengalir sungai-sungai yang luhur dan tanah-tanah yang subur. Biar kita diuji dengan tohmah jika bercakap benar tetapi jangan sekali-kali kita memfitnah diri sendiri dan orang lain hanya kerana dunia yang banyak onar.

darah Melayu mengalir dalam tubuhku

Selama berpuluh-puluh tahun bernafas di muka bumi ini, hanya petang semalam baru aku tahu bahawa dalam tubuhku ini mengalir juga darah Melayu. Selama ini kusangka mendiang nenek (sebelah bapa) 100% Iban. Yang kutahu hanyalah nenek moyang Iban membawa bersama nenek ketika berkahwin dengan datuk moyang tiri (Cina). Hal ini terbongkar beberapa hari lalu apabila bapa mengatakan wajah Clovis mirip Melayu.

Emak sangka bapa merepek. Yalah… kami tak ada keturunan Melayu. Kemudian barulah bapa mengatakan bahawa datuk moyang kami Melayu. Hal ini bermaksud bahawa nenek sebenarnya ialah Melayu , 50% Melayu dan 50% Iban.

Malam tadi apabila memberitahu hal ini kepada abang long, ternyata dia tidak terkejut. Katanya semasa kecil dahulu bapa pernah memberitahunya. Mungkin kerana dia ialah anak sulung, jadi bapa mahu dia tahu asal keturunan kami.

Hal ini menjelaskan rupaku yang mirip Melayu. Selama ini aku sangka aku Cina Iban yang sering disalah anggap sebagai Melayu. Rupa-rupanya ternyata sebahagian diriku Melayu. Selama ini memang aku lebih rapat dengan rakan Melayu, mencintai budaya Melayu dan kehadiran Cinta (abe ghamo-ghamo) dalam hidup ini menambah cintaku kepada Melayu.

Actually, it’s such as sweet surprise to know that a part of me is Malay although I’m not the lucky one to be a part of Cinta’s life which I really longed for.

12.03.2012
9.55am

mungkin sudah suratan takdir hidupku

Segalanya ibarat mimpi. Sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. 019 nombor pertama yang kudapat tetapi telah lama tiada. Kenangan paling indah menerusi 012 yang kuberi nama Cinta pada 26 Januari 2012 sesudah dia menghadiri temuduga KPM. Kukira 012 pun telah tiada lagi. Kutahu ada nombor Digi tetapi aku sengaja tidak mahu tahu agar aku tidak lagi mengganggu ketenangan hidupnya.

Benar, dialah rama-rama dalam hidupku. Rama-rama yang sempat aku nikmati keindahannya sebentar cuma. Tapi aku tahu rama-rama itu tetap indah sekalipun tidak dapat lagi mataku ini menatapnya.

Dia juga mentari, tiram, penyu…bahkan merak kayangan yang sangat aku sayang. Dan aku sedar aku tidak boleh mementingkan diri, menjadikannya hak milik aku seorang.

Sekalipun menyepi dan menghilang, aku yakin rasa sayangku kepadanya tidak pernah luntur. Tetap kuharap, kudoa kebahagiaan dan kesejahteraan dirinya. Selama ini aku hanya simpul erat dalam hati, betapa aku bersyukur dan berterima kasih kepada dirinya kerana kehadiranny telah mengubah hidupku, keinginanku dan pandanganku. Andainya ada peluang walau hanya sekali, ingin kuucap, “Terima kasih, Cinta” dari bibirku ini.

Apa-apa pun boleh terjadi sepanjang tempoh ini. Setulus hatiku tetap ingin mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada dirinya. Kukira pilihan ibunya memang yang terbaik. Zuriatnya nanti, anak-anak yang terdidik sempurna ilmu agama.

Aku reda akan ketentuan Tuhan. Tidak mungkin ada pengganti, namun aku tetap berbahagia dalam dunia kenangan terindah itu. Terima kasih, Cinta. Kasih ini tidak mungkin berubah walau kita dipisah laut biru. Cinta ini tidak pernah goyah, tidak pernah jemu, tidak akan terpadam dalam hatiku.

~ sealed with a kiss

11.03.2012
Saturday
7.55am

erti sebuah perkahwinan



Utusan Malaysia Online - 21 Mac 2012

KEHIDUPAN berumahtangga adalah alam paling menarik dalam kehidupan seseorang. Kata orang "daripada bujang kini berdua." Ia adalah satu proses pendewasaan dan kematangan. Sering kita mendengar pasangan suami isteri melahirkan rasa 'terkejut' mereka terhadap alam perkahwinan dan berumahtangga setelah mereka bernikah walaupun mereka telah bercinta bertahun-tahun.

Ada yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun telah bercinta dulu sebelum berkahwin. Ini kerana buat masa ini di Malaysia, walaupun pasangan secara majoritinya telah bercinta sebelum kahwin, telah biasa keluar berdating dan sebagainya. Masih ramai yang tidak menjadikan alam percintaan itu sebagai 'perkahwinan percubaan' atau telah mula bersekedudukan.

Perbezaan ketara dengan masyarakat Barat di mana jika mereka telah mula bercinta, mereka telah tinggal bersama dan keputusan untuk berkahwin adalah satu komitmen yang berbeza daripada komitmen untuk tinggal bersama dan bercinta. Bunyinya pelik tetapi itulah kenyataan sebenar masyarakat di Barat sehinggakan yang bersekedudukkan atau tinggal bersama lebih ramai daripada yang berkahwin.
Jika ditanya kenapa tidak berkahwin, mereka menjawab belum bersedia sedangkan mereka telah lama tinggal bersama seperti suami isteri. Itulah bezanya orang beragama dengan yang tidak.

Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah dan hubungan seksual dalam perkahwinan adalah ibadah dan kewajipan sedangkan tanpa nikah, hubungan seksual menjadi haram dan berdosa. Kebanyakan pasangan suami isteri hari ini menjadi keliru kerana kecelaruan kita dalam membesarkan anak-anak dan dalam proses mereka mencari jodoh.
Hari ini, ibu bapa begitu terbuka terhadap boyfriend atau girlfriend anak. Anak-anak pada kebiasaannya membawa pasangan balik ke rumah untuk diperkenalkan dengan ibu bapa. Ibu bapa anak perempuan dengan mudah membenarkan anak perempuan mereka 'dijinjing' atau dibawa ke sana ke mari oleh lelaki yang dikata boyfriendnya kerana mereka telah berjanji untuk kahwin.

Berboyfriend atau bergirlfriend adalah trend yang diterima di Malaysia sebegitu terbuka sekali walaupun emak dan ayah anak-anak adalah daripada aliran agama. Bagi mereka, jika tak kenal macam mana nak kahwin. Mereka juga takut jika anak perempuan tidak mencari boyfriend semasa belajar, nanti bila dah tamat belajar dan bekerja, tiadalah siapa berani melamar.

Jelas benar, ramai ibu bapa hari ini lupa terhadap konsep jodoh pertemuan hak Allah, dan hanya Allahlah yang Maha Mengetahui. Tidak hairanlah 'kebiasaan' membenar anak gadis keluar dengan teman lelakinya menyebabkan ramai pasangan muda terlanjur iaitu melakukan seks tanpa nikah kerana sering keluar berdua-duaan. Mereka didorong syaitan kepada kemaksiatan.

Kita berharap jumlah pasangan yang terlanjur semasa 'bercinta' tidak ramai dan kebanyakan pasangan mengenali hati budi pasangan yang ingin mereka nikahi sekadar keluar makan dan berjalan-jalan. Pun begitu, dari sudut hukum ia tetap haram.
Setelah 'bercinta' bertahun-tahun mereka pun berkahwin. Hairannya mereka boleh bercinta bertahun-tahun, namun apabila berkahwin belum sampai setahun sudah hendak bercerai. Bila ditanya, jawabnya, "Tiada keserasian atau tidak bersefahaman." Persoalannya, kenapa masa bercinta serasi, namun setelah kahwin, tiba-tiba tidak serasi? Pelik tetapi benar.

Sebenarnya ramai pasangan semasa berkahwin mempunyai harapan yang tinggi terhadap satu sama lain namun harapan itu tidak disampaikan. Ia disimpan sebagai satu harapan dan doa.

Sebenarnya, percintaan sebelum berkahwin tidak menjamin seseorang itu betul-betul kenal akan pasangannya. Ini kerana Allah jadikan manusia berkaum-kaum untuk mereka kenal mengenal antara satu sama lain dan apabila berkahwin bergaul dengan mesra. Jika pasangan mengambil sikap hormat menghormati antara satu sama lain, maka perceraian kerana tidak bersefahaman tidak akan berlaku.

Penyelesaiannya mudah, jika sedang bergaduh kerana perkara remeh temeh seperti ini, tanya soalan yang paling penting iaitu kenapa aku kahwin dengannya? Mestilah kerana cinta dan jika cinta mestilah sayang dan sesuai dan jika sesuai kenapa jadi tidak bersefahaman? Cari puncanya dan jika punca tidak sefahaman itu hanya isu ranting, istighfarlah. Kembalilah berdoa kepada Allah moga Dia memperkukuhkan perkahwinan hingga ke akhir hayat.


~ Cinta

Thursday, March 8, 2012

pantang memakan Tapah. bahan tesis

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm

9 Mac 2012

Ikan tapah pantang keturunan Pak Kadok

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI


WALAUPUN enak, ikan tapah akan mendatangkan mudarat jika dimakan oleh keturunan Pak Kadok.

KISAH keturunan Pak Kadok tidak boleh menyentuh ikan tapah apatah lagi memakannya bukanlah perkara baharu. Pak Kadok yang terkenal dengan pepatah menang sorak kampung tergadai dikatakan membuat larangan itu selepas dia menemui seekor ikan tapah yang perutnya penuh dengan emas di Sungai Perak pada lebih 450 tahun lalu.

Pak Kadok pada masa itu baru sahaja kalah pertandingan sabung ayam menyebabkan ahli keluarga dan kampungnya tergadai kepada sultan. Emas yang diperoleh daripada ikan tapah itulah yang digunakan untuk menebus semula kampungnya itu.

Keturunan Pak Kadok yang dianggarkan seramai berpuluh ribu orang pada hari ini kebanyakannya berasal dari Kampung Tua di Lambor Kanan, Perak.

Berikutan peristiwa ikan tapah itu, keturunan Pak Kadok langsung tidak boleh menjamah ikan sungai itu sampai sekarang.

Jika dimakan juga, tubuh mereka bagaikan melecur, kulit melepuh seperti dicurah air panas bahkan ada yang sakit sehingga hampir maut. Untuk mendapatkan penawarnya, mereka akan kembali ke kampung berkenaan dan mengunjungi sebuah rumah yang dikenali Rumah Tua di situ.

Penjaga

Rumah Tua itu milik saudagar emas, Pandak Logam, iaitu salah seorang keturunan Pak Kadok yang menyimpan Emas Kancing Tapah, iaitu saki-baki emas yang didakwa ditemui Pak Kadok di dalam perut ikan tapah terbabit.

Air rendaman emas berbentuk kerongsang empat segi itu dikatakan berupaya mengubati penyakit yang dipercayai berpunca daripada perbuatan melanggar sumpah Pak Kadok.

Rumah itu kini diwarisi anak Pandak Logam, Hasmah. Bagaimanapun akibat sakit tua, Hasmah tidak lagi menetap di rumah berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya tinggal bersama anak saudaranya di Selayang, Selangor.

Tugas menjaga Rumah Tua itu kini dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tua, Zenal Ngah Haleb, 63.

“Kebetulan rumah saya terletak bersebelahan dengan Rumah Tua. Jadi, Hasmah meminta bantuan saya untuk membuka kediaman ini jika ada waris Pak Kadok yang memerlukan air penawar,” katanya kepada Jurnal.

Ujarnya lagi, air penawar yang disediakan sekali dalam setahun itu akan diminum atau disapu pada kulit yang melepuh.

“Setiap tahun sebelum bulan Ramadan, Hasmah akan pulang ke sini. Pada masa itu sahajalah orang ramai boleh melihat Emas Kancing Tapah itu kerana pada hari biasa ia disimpan di dalam sebuah peti besi di Rumah Tua ini.


INILAH rupa Emas Kancing Tapah.

“Emas itu akan direndam ke dalam air yang disimpan di dalam sebuah bekas khas. Tugas saya adalah menokok air tersebut dan memastikan ia tidak kering,” terang Zenal.

Menurut Zenal, dua kejadian pelik berkaitan sumpahan itu berlaku baru-baru ini.

“Ada seorang wanita keturunan Pak Kadok terjamah hidangan ikan tapah semasa berkursus di Langkawi. Sekembalinya ke rumah, dia mengalami penyakit kulit yang kritikal.

“Doktor pakar di Hospital Taiping segera merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur namun berkat air penawar ini, wanita itu pulih semula,” kata Zenal.

Tambahnya, hal yang sama berlaku ke atas seorang budak lelaki berusia enam tahun yang seperti sudah tiada harapan lagi untuk hidup.

“Bapanya datang memangku anak kecil itu dan menangis minta dibantu. Jadi, saya suruh dia ratakan air itu ke badan anaknya dan diminum sedikit kerana saya percaya budak itu pernah termakan ikan tapah,” katanya.

Dengan izin Allah, ujarnya, keluarga budak itu datang menziarahi Zenal selepas genap 100 hari air penawar itu digunakan.

“Saya terkejut melihat anak kecil itu yang dahulu sangat lembik sudah boleh berlari-lari keliling rumah di sini,” katanya.

Saturday, February 25, 2012

cinta abe ghamo ghamo

Cinta lahir dari hati... luhur, tulus, murni. Cinta tak perlu alasan.

Cinta juga tidak menuntut balasan... tapi seandainya berbalas, kuucap berbanyak-banyak terima kasih... sebanyak bintang di langit, sebanyak pasir di pantai... cubalah kaukira.



25 Feb 2012
6.26pm

Tuesday, February 21, 2012

kututup hatiku utk yg lain

Aenn...ari tu emma kata awak dah knl kwn dia..selalu berchatting...jd mcm mn? berkembang tak?


takda la
sy dah explain kat emma
chat sekali je... tak lama.. sbb sy log out selepas itu
sy dah bagitau emma sy dah delete dia drp FB seminggu selepas add dia
sy explain kat emma... hati sy tak terbuka utk mana2 lelaki lain
kelihatan kejam... tapi sy tak mau memaksa hati sy
hehehe... biarlah begitu saja


kenapa? dia ada ckp sesuatu pd awak ke? knapa tak cuba? kalau mcm tu ceritanya, mmg awak lom dpt lupa yg lama...buka lah hati Ann...untung awak ada yg nak berkwn tak mcm sya yg langsung takde yg nak cuba dekati..uhukkk


bukan belum buka hati Nel.... tapi dah ini sudah tertutup rapat.. masih belum dapat lupakan yang lama...
dia tak cakap apa2 pun...
cuma sy je yang malas nak layan
ala... lelaki... mula2 je beriya2 nak kenal
nak tau macam2...
pastu... sepi...
jangan sedih Nel... pasti ada orangnya nanti utk u
orang yg benar2 hargai u


22 Feb 2012

Sunday, February 19, 2012

ماتاهاري ميندا

سلامت مڽمبوت هاري اولڠ تاهون کلاهيرن

موݢ دڤنجڠکن اوسيا دمورهکن رزقي دان سجهترا سلالو


ماتاهاري ميندا

Thursday, February 16, 2012

wajah






Nick Vujicic, the limbless Australian motivational speaker, got married to Kanae Miyahara on February 10 in California.

Nick, 29, has addressed over three million people in 25 countries, including Australia, United States, Canada, Taiwan, Hong Kong, China, Singapore, South Africa, Columbia, India, and others. Although he is different from most people because he has no limbs, he believes a healthy mind and spirit from having faith is more important than having anything else. His life and speeches have touched countless lives, allowing the audience to know that God has created everyone with a beautiful purpose. Despite the many limitations in life, he says “I can do all things through Him who gives me strength.”
In one of his speeches made several years ago, Nick said he hopes to find a wife who God has prepared for him. Today, that wish that he had has been fulfilled, and it is also a very special Valentine’s Day gift to the world this year.


*Tuhan, betapa wajah itu sangat mirip seseorang.



17 Feb 2012
11.57am

cincin

Semalam, kutanya Zul tentang cincin perkahwinan. Setahu aku, menurut hukum Islam, lelaki tidak boleh memakai emas kerana itu ialah perhiasan wanita. Aku bertanya tentang cincin perkahwinan untuk lelaki. Zul kata guna cincin perak. Ketika aku bertanya tentang cincin emas putih, Zul kata itu adalah makruh. Ok. Aku dah jelas tentang cincin perkahwinan.

Awal pagi tadi, aku bertanya sekali lagi kepada Zul tentang cincin. Tengah hari semalam sewaktu makan di kantin sekolah, aku ternampak di jari manis Pok Se tersarung cincin (tak pasti cincin perak atau cincin emas putih). Setahu aku Pok SE dah bertunang. Aku hairan kerana seingat aku sewaktu bertunang, perempuan je yang diberi cincin tunang.

Aku minta penjelasan daripada Zul. Katanya terpulang kepada individu. Ada juga orang yang memberi cincin kepada lelaki.

Tamat sahaja sesi soal jawab, Zul bertanya, "Kenapa? Dah nak kahwin ke? Mesti tu (maksudnya, pasti aku dah nak kahwin sebab dua hari berturut2 tanya tentang cincin.

Aku menjawab "tak la"... Tapi dalam hatiku, hanya Tuhan je yang tahu betapa sebaknya rasanya... memikirkan aberamarama....


17 Feb 2012
7.36am

Wednesday, February 15, 2012

اتس نام چينتايڠ تق ڤرنه ڤودر

ستياڤ راس سايڠ
يڠ برچمبه دانبرمقيم دالم ديري
اکن که لڽڤ
ممڤوکه دلڤسکن
سکاليڤون تراس ايڠين
اونتوق برلاري
لڠکه اين ماسيه ماتي


اندايڽ اکو
ظاهير کن راس تولوس
هيلڠ له سݢالا رسه
اکن تربينا مهليݢاي
نسچاي کاو دان اکو برساتو


موݢ سواتو هاري ننتي
راس ريندو يڠ منچڠکم ديري
اکن ترلراي
يڠ مها کواس برايکن له اکو کقواتن
مڠهادڤي سبواە کهيلڠن
انسان يڠ ترايستيميوا


تليتي له مک اندا اکن تاهو نام چينتا ايت

اکو چينتا اذهان

اکو چينتا اذهان

Monday, February 13, 2012

mimpi

Mimpi bertemu kembali dengan kawan-kawan sekolah dahulu, kebanyakannya Melayu. Hampir semuanya dah berkahwin dan ada anak.

Sebelum beredar, aku bersalam dengan ibu kawan, dengan cara mengucup tangan dan bercium pipi. Kata ibu kawanku, "Masuklah Islam dan kahwin dengan lelaki Melayu". Jawabku ringkas, "Kalau ada jodoh", lantas aku terjaga dari tidur dan mimpiku pada pukul 5.03am.

Kadangkala memang agak menghairankan kerana sekalipun dalam mimpi, fikiranku ternyata masih begitu waras dan tahu bahawa hanya aberamarama yang bertakhta dalam hatiku.



14 Feb 2012
11.20am

Sunday, February 12, 2012

ombak rindu utk aberamarama

Pertama kali mendengar lagu "Ombak Rindu" ketika menonton filem Ombak Rindu di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada awal Dis 2011... terasa lagu itu begitu mendayu-dayu mengusik jiwaku.

Tiga minggu yang lalu sewaktu cuti CNY di Kuching, kawanku memutar lagu ini di dalam keretanya lantas aku terjatuh cinta. Lagu ini bagiku ialah harapanku agar aberamarama mengerti perasaanku dan semoga Tuhan benar-benar dapat melembutkan hatinya.


"Ombak Rindu" - Hafiz & Adira


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku


Lagu "Lara Lagi" pula amat bertepatan dengan perasaan aku... Perasan yang begitu sukar untuk diungkap dengan kata-kata setelah aberamarama menyepi dari hidupku.


"Lara Lagi" - Adira


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
yang milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahgia..


Tiga minggu yang lalu, aku juga terdengar khabar bahawa aberamarama hendak dijodohkan dengan seorang ustazah. Aku tumpang gembira kerana bukankah perkara yang membahagiakan bagi dirinya nanti beroleh anak-anak yang solehah??

Biarlah begitu...seandainya dia dapat membina istana bahagia daripada air mataku... sekurang-kurangnya air mataku ini juga berjasa kepada dirinya.

Memang aku mendoakan kebahagiaan aberamarama...dan untuk diriku sendiri pula, aku masih berusaha untuk menguatkan langkah dalam menggapai sinar hidup.


13 Feb 2012
8.56am

Wednesday, February 8, 2012

lepaskan dalam cinta

Edarling,

Mungkin sudah tiba masanya bagi kita untuk melepaskan orang yang kita sayang yang tidak ditakdirkan untuk menjadi milik kita. Memang sakit untuk melepaskan. Memang terlalu sakit untuk menghadapi kehilangan itu. Tapi kita sedar semua itu akan terjadi dan harus terjadi. Hanya dengan melepaskan dan ikhlaskan cinta kita maka kita mampu hidup dengan tenang pada masa akan datang. Janganlah kita "menjual ikan" dalam soal cinta. Tiada siapa yang betul atau salah. Bagi saya, cinta bererti membiarkan dia hidup bahagia dengan jalan hidup yang dia pilih. Masa akan mengubat segala lara segala pedih. Saya masih berusaha tetapi lebih tenang kini. Dan cinta itu sebenarnya telah memberi kekuatan kepada diri biarpun tewas di gelanggang hatinya.

Edarling,

Kekuatan itu ada dalam diri kita. Walaupun kita bukan merak, kita juga bukan gagak. Kita ialah helang yang melayang tinggi dengan kepaknya yang kuat. Saya tidak pasrah kerana kelihatannya terlalu lemah, namun saya reda dengan ketentuan Tuhan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seperti yang pernah saya kata, saya tidak akan jatuh cinta lagi. Biarlah dia yang terakhir, omega. Saya telah menganggap diri saya telah berkahwin, jadi saya tidak perlu berkahwin lagi. Saya hendak fokus kepada perkara-perkara yang boleh dibuat untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna. Sesungguhnya, saya bukan malaikat. Tipulah andai kata tiada rindu, tapi saya harus tabah dan lebih tabah lagi.


Edarling,

Semoga you juga akan lebih tabah dalam mengharungi ranjau hidup ini. Mesej seorang kawan pada hari Sabtu yang lalu menyedarkan saya. Saya rasa tertampar dan tersedar dengan kata-kata "bukan orang lain yang membunuh jiwa you tapi you sendiri. Sedarilah itu!" Melepaskan tidak bererti membenci tetapi membiarkan dia hidup bahagia. Masih menyayangi tanpa mengharap balasan.



9 Feb 2012
6.14am

Tuesday, February 7, 2012

lawak antarabangsa

Berikut ialah mesej lawak antarabangsa yang aku dapat malam tadi daripada seorang kawan di Kuching.

"L, ada cikgu dari sekolah aku transfer ke sekolah kitak, cikgu J namanya. Baik dan cukup sifat laki ia, masih bujang, kuat agama juga. Better u try tackle dia. From: Phine". - 7 Feb 2012, 10:17pm

Mesej balas daripadaku: Hahahaha... Sebelum dia berpindah ke sekolah saya, saya dah "kenal" dia. Bekas isteri dia sahabat karib saya. Baru sekejap kahwin dah mahu cerai. Baik ke tu?


Kukirim mesej kepada sahabatku. Begini responsnya.

"Apo. Bgtau sikit kawan u tu. Dia tu duda. Jahat. Cakap ja x wife dia ur best fren. Ceh laki tu kuat agama. Mcm anjing kurap. Geram la i. Benci2. Salam kat kawan u tu cakap x wife dia tu cakap dia buta."

Kubalas: Sabarlah ya. Entah lawak apa pula yang tiba2 datang ni. Rasa nak pecah tersembur semua organ dalam tubuh saya. Kita hidup seadanya dengan tenang n gembira. Tetap jalani hidup ini dan melakukan yang terbaik.

Mesej drp kawan di Kuching:
"Kenapa dia cerai saya tak tau, tapi di sekolah kami dia ok. Tak nampak dia bermasalah. Opps tak leh jalanlah kalau gitu. Kamu tau tak nape dia cerai? Mungkin takda jodoh."

Kubalas: No comment, tapi kita tak dapat menilai seseorang secara luaran je. Saya cuma boleh cakap hatinya lebih keras daripada mana2 besi yang ada di dunia ini.



8 Feb 2012
11.16am

Monday, February 6, 2012

kuikhlaskan cintaku

pada senja usia
tiada kupinta apa2
aku ikhlaskan cintaku
kasihku
sayangku
hatiku
dan doaku
agar engkau berbahagia
selamanya...

~ selamat hari valentine
~ setiap hari ada kasih
~ yang tidak terungkap jauh melebihi apa yang telah terungkap

6 Feb 2012
Chap Goh Meh @ Chinese Valentine's Day

Aberamarama @ Cinta

Walaupun aberamarama telah menyepi diri setelah bertemu dan bersuara pada 16 Jan 2012, kata-katanya tetap kuingat. Pertemuan lebih kurang 10 minit je di hadapan Farley mungkin juga kenangan terakhir bersama dirinya. Dalam soal cinta, tiada siapa yang betul tiada siapa yang salah.

Aberamarama ada bertanya tentang perkembangan phdku. Aku kata dah 6-7 bulan terbengkalai. Katanya, “macam mana pula tu? Saya dah nak mula ni…”

Aberamarama penggerak utama aku dalam perjuangan phd ini. Seharusnya penghargaan dalam tesis phd, pertamanya dan teristimewanya ditujukan kepada Aberamarama. Aku siap membayangkan kata: “terima kasih kepada suamiku yang tercinta, Aberamarama.” (Hahaha…)

Aku sedar semua itu hanyalah angan-angan. Atas sebab itu, kuabadikan nama Aberamarama dalam tesis sarjana untuk diterbit oleh DBP. Bahagian paling awal, halaman pertama, aku masukkan sajak yang aku karang pada tahun 2010 – dengan menggunakan huruf nama Aberamarama pada awal setiap baris.

Kata Aberamarama, dia langsung tidak membantu apa-apa dalam penulisan tesis sarjana aku. Kataku pula, kalau bukan kerana dia, aku tidak mungkin melanjutkan pengajian ke peringkat phd dan mendapat peluang untuk menerbitkan tesis sarjana dalam bentuk buku. Kalau ada rezeki untuk diriku, akan aku hadiahkan satu kepadanya.

Tapi Aberamarama kini menyepi. Semua SMS tidak berbalas (tidak kira handphone 2pun dalam FB). Mungkin juga dia tidak lagi guna no.tel 012. Cuti CNY 2012, kutahu melalui E bahawa dia ada no Digi. Aku tidak perlu tahu sebab aku pun tidak mahu mengganggu hidupnya. Andai kata suatu hari nanti tesisku benar-benar diterbitkan, aku pasti akan berikhtiar untuk mengirim kepadanya – dengan cara apa-apa pun.

7.59am ~ kuterima satu SMS. Ingatkan daripada Kak Syam yang sebelumnya membalas SMS yang kukirim pada petang semalam – ucapan salam Maulidur Rasul dan luahan perasaan sebab Aberamarama telah menghilang. “Hai A. Mulakan pagi dengan senyuman. Pastikan u memulakan hari ini dengan satu semangat baru. Satu jiwa baru. Katakan pada diri u, jangan ‘mati’ hanya kerana seorang lelaki. U sudah terlalu lama menunggu pintu yang akan terbuka. Bukan orang lain yang membunuh jiwamu tapi diri u sendiri…sedarilah itu!” ~ Kak Syam; 5 Jan 2012 – aku ucap terima kasih. – kusangka ada lagi kata-kata daripada Kak Syam untuk menyedarkan aku bahawa aku sendiri yang telah membunuh jiwaku.
Kubuka lalu muncul SMS dengan nama Cinta. Cinta?? Ya, baru kuingat. Aku telah menukar nama Aberamarama kepada Cinta pada 26hb Jan 2012, pada hari dia menghadiri temuduga KPM di JPN, Kuching. “Terima kasih, selamat bercuti” sebagai balasan SMS aku “Salam Maulidr Rasul : )”. Entah mengapa air mataku harus menitis lagi… (setelah empangan mata musnah pada petang semalam). Mungkin aku berasa bahagia @ terharu mendapat SMS daripadanya. Tapi aku percaya ada lebih banyak perasaan dan luahan yang tidak mampu kuungkap dengan kata-kata.

Aku dalam perjalanan ke Sibu, hari ini akan balik kampung. Esok, Isnin, cuti umum sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad. Tidak pernah aku berasa begitu sepi di daerah T. Aku sentiasa gembira menikmati waktu sepi hujung minggu di T, sehinggalah pertengahan tahun 2011, aku sudah mula rajin melarikan diri. Sejak awal 2010 aku selalu berharap Aberamarama akan datang mengetuk pintu rumahku dan bertemu denganku.

Walau apa pun yang terjadi, satu yang pasti, cinta kepada Aberamarama tetap kusimpan dalam hati.


5 Feb 2012
8.30am

Thursday, February 2, 2012

merealisasi

Hari ini aku merealisasikan niat yang dah lama aku simpan... aku save semua gambar profil FB aberamarama dalam album aberamarama yang hanya aku sahaja yang dapat akses.

Aku sedar aberamarama ialah rama-rama yang tidak mungkin akan hinggap di lenganku apatah lagi yan dapat kutangkap.


*semoga aku terus kuat dalam menghadapi hidup ini



3 Feb 2012
12.00pm

cinta

Sebentar tadi, tanpa disengajakan, aku ternampak gambar profil FB cikgu B (yang pernah aberamarama kata kereta B yang sama sepertinya tentu sifatnya pun sama). Baru Isnin minggu ini aku terdengar khabar dia sedang bercouple dengan seorang guru cantik di sekolah ini, dan hari ini (Jumaat), aku ternampak gambar profilnya - gambar mereka berdua.

Gatal jariku melihat gambar2 profilnya yang lain. Salah satu gambar yang dimuat naik pada tahun 2011, ada mantan kekasihnya, Z klik "like". Kukira keadaanku juga serupa. Semua "like" yang aku klik dalam FB aberamarama hanya setakat "like" yang bagi aberamarama tiada maknanya.

Memetik kata seseorang: "andainya mencintai dirimu adalah salah, jangan betulkan aku". Maksudnya, biarlah aku terus mencintai dia selagi aku masih ada daya, selagi hatiku masih hidup.

Kepada aberamarama, selamat menunaikan solat Jumaat...


3 feb 2012
10.04am

Poem by Paulo Coelho

Here are some of the things I learned in life:
- That no matter how good a person is, sometimes they can hurt you…and because of this we must forgive.
- It takes years to build trust and only seconds to destroy it.
- We don’t have to change friends if we understand that friends change.
- The circumstances and the environment influence our lives, but we are the one who are responsible for ourselves.
- That you have to control your acts, or the will control you.
- That patience requires much practice.
- That there are people who love us, but simply don’t know how to show it.
- That sometimes the person you think will hurt you and make you fall is instead one of the few who will help you get up.
- You should never tell a child that dreams are false, it would be a tragedy if they knew.
- It’s not always enough to be forgiven by someone. In most cases you have to forgive yourself first.
- That no matter is how many pieces your heart is broken..the world doesn’t stop to fix it.
- Maybe God wants us to meet all the wrong people first before meeting the right one so when we finally meet the right one we are grateful for that gift.
- When the door of happiness closes, another opens but often we look so long at the closed one. We don’t see what was open for us.
- The best kind of friend is the kind in which you can sit on a porch and walk, without saying a word, and when you leave it feels like it was the best conversation you ever had.
- It’s true we don’t know what we have until we find it but it’s also true, we don’t know what we’ve been missing until it arrives.
- It only takes a minute to offend someone, an hour to like someone, and a day to love someone…but it takes a lifetime to forget someone.
- Don’t look for appearances, they can be deceiving.
- Don’t go for wealth, because even that can fade.
- Find someone who makes you smile, because it only takes a smile to make a day better.
- Find what makes your heart smile.
- There are moments in life when you miss someone so much that you wish you can take them out of your dream and hug them for real.
- Dream what you want, go wherever you want to go because you have only one life and one chance to do the things you want to do.
- The happiest people do not necessary have the best of everything. They just make the best of everything that comes their way.
- The best future is based on a forgotten past. You can’t go on well in life until you let go of past failures and heartaches.
- Live your life so that when you die, you’re the one that is smiling and everyone around you is crying.

Wednesday, February 1, 2012

terbongkar jua rahsia hati

--- Biarlah rahsia hati, kak A je yang tahu.

Rahsia hati yang sudah terbongkar sebab saya guna gambar tu dan tulis ‘selamat sukses’. Dalam gambar profil pula, saya tulis selamat berjaya abe rama2… sudi2 la berkongsi kejayaanmu nanti. E beri komen dalam post saya, jangan berpaling ke belakang lagi. Jawapannya mudah, sama seperti yang saya tahu sejak 2009, saya hanya bertepuk sebelah tangan biarpun tidak kudung tangan. Hahaha…. Selain bersabar…masih lagi bersabar.

--- Erm.. Kak Amasih mampu bertahan dengan kesabaran itu… Kalau saya dah lama buang dia jauh2…

Sbb kak A sungguh2 menyayangi dirinya. Saya sangat sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa.


2 Feb 2012
1.35pm

guess

Erinie D Ja
20 hours ago
Erinie D Ja
Darling ann

Saya sgt kenal dgn tulisan kat profile pic u.kalau la btol org itu yg sy sgt kenal,dia la abe rama2mu.dia juga sahabat karib ku.


Ann AnneAnna
about a minute ago
Ann AnneAnna

hahahaha... it's open for guesses... : )


2 Feb 2012
1.05pm

aberamarama kurindu

Semenjak balik ke daerah ini selepas cuti CNY, setiap malam aku menghadapi imsonia. Imsonia berulang lagi. Seperti juga tahun-tahun sebelum, perasaan yang sama timbul lagi - betapa aku tidak sanggup menghadapi kehilangan aberamarama.

Semalam, cikgu H membawa Hamzah ke bilik guru. Reaksi aku apabila terpandang Hamzah?? Kelu lidahku dan aku terasa sebak memandang wajah Hamzah yang mirip aberamarama. Masih aku tenung wajah itu beberapa ketika lamanya, ibarat aku sedang memandang wajah aberamarama yang aku sayang, aku rindu.

Awal pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku bertembung dengan cikgu A yang banyak persamaan dengan aberamarama, usia yang sama, negeri yang sama, kaum sama, jantina sama, sama-sama dari Pasir Mas. Sekiranya tidak tersilap dengar, rasa-rasanya cikgu A juga memanggil aku dengan panggilan kak N seperti juga dua rakan guru lelaki yang lain.

Kini aku faham hubungan yang tidak lebih sekadar kakak - adik yang aberamarama mahu sejak awal pertemuan. Perasaan dan pengertian ini hanya aku sedar setelah aku berkawan dengan ahpai, bermula sejak cuti akhir tahun 2011. Tiada motif lain, melainkan bersahabat semata-mata.

Kini segala-galanya sudah hilang. Aberamarama terus menyepi. P0st terakhir dalam blognya setakat 4 Ogos 2011 - kukira juga telah berakhir. Andainya cinta itu dosa, maka akulah manusia yang paling berdosa terhadapnya....

2 Feb 2012
10.12am

Tuesday, January 31, 2012

pemikiran abe rama-rama

Sesungguhnya aku kagum akan abe rama-rama - pokoknya segala-galanya tentang abe rama-rama aku suka, kecuali dia sudah menyepikan diri.

Baru-baru ini, aku dapati tulisan abe rama-rama dalam FB mengandung pemikiran yang hampir sama seperti diriku dari aspek pembakaran mercun dan bunga api sewaktu CNY, dan hal yang berkaitan isu alam.

I wish one day e-billing would become a default (save cost as well, user could be charge RM3 per itemized bill), eliminate atm receipt, lots of trees could be saved, less jobs by mr postman
11 hours ago near Kampong Tabuan · (31 Jan 2012)

...........

Benar, negara kita demokrasi, rakyat bebas menyambut perayaan masing-masing, tetapi bertanggungjawablah ke atas kertas mercun yang dibakar. Semarakkan semangat muhibbah dan toleransi di negara ini.
Unlike · · Share · Monday (30 Jan 2012) at 8:42pm near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ·

You and 5 others like this.
Che Khalwani: kertas mercun is nothing compared to the sound it produced beforehand...u feel like u r in a war zone...
Monday at 9:01pm · Like · 1
Abe Rama2: once in a year kak wani, plus it makes their raya meaningful, it oso the way we used to celebrate our raya, but pity the sleepy baby.. however i still can tolerate must but have some respect and responsibilities.. i really enjoy firecracker at 12am night before cny at kuching this year, but once again its environmental issue and waste of money in the name of fun
Monday at 9:16pm · Unlike · 1
Che Khalwani: Its fun to watch if u don't hv babies at home...Thank God it happens only once a year. At my place Raya is so peaceful... no sound of the mercun ...
Monday at 9:27pm · Like
be Rama2: just a quick one, bunga api we call fireworks and mercun as firecracker?
Monday at 9:30pm · Like
Che Khalwani: The red n long one is the firecracker or mercun...my dear neighbour 3-4 of them using crane...u imagine how long it will take to finish...my other neighbour siap buat satu tiang bendera utk gantung benda tuh...finish with the firecracker thay start with the bunga api or firework... they look nice but the sound is deafening ....
Monday at 9:34pm · Like
Abe Rama2: owh gosh, i cant imagine get close to those, i just see n listen far2 away, now its in ur neigbourhood (now i understand)
Monday at 9:37pm · Like

.............

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar @ mesra alam. Segala-galanya terpulang kepada diri kita sama ada mahu ataupun tidak. Di sekolah sahaja, aku dapati banyak pembaziran yang dilakukan oleh guru. Mungkin kerana tempat duduk aku yang berdekatan dengan mesin fotostat, maka akulah manusia yang paling tahu tentang pembaziran yang dilakukan. Sekiranya tersalah fotostat, guru-guru akan cenderung untuk merenyukkan kertas dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Pernah aku sediakan kotak untuk mengumpul kertas-kertas kitar semula, tetapi dijadikan pula sama seperti tong sampah. Kertas-kertas direnyukkan dalam bentuk bebola lalu dicampakkan ke dalam kotak itu. Kertas-kertas itu sebenarnya boleh lagi diguna pada halaman yang kosong, sama ada untuk membuat catatan sementara dsb. Setidak-tidaknya, dikumpul untuk diderma kepada badan kebajikan yang mengumpul barangan kitar semula.

Aku sedar terlalu sukar untuk mengubah mentaliti orang lain. Sekurang-kurangnya aku termasuk dalam kategori yang punya kesedaran tentang kepentingan mengitar semula dan penjagaan alam walaupun dalam banyak aspek aku harus akur dengan kehidupan moden dan turut menyumbang kepada pencemaran alam. Dan kerana taksub dengan isu alam, rumahku kadangkala ibarat stor barangan kitar semula (untuk sementara sehingga lori kitar semula datang mengumpulnya).

Pernah apabila aku mengajukan idea mengitar semula kepada anak muridku, ada yang bertanya sama ada melakukannya untuk mendapatkan wang. 1 sen pun aku tidak dapat, tetapi aku rasa sangat-sangat bersyukur seandainya barangan yang boleh dikitar semula itu sampai kepada pihak yang dapat menguruskannya. PK1 yang menguruskan program kitar semula telah berpindah ke SMK Asyakirin , menjadi Pengetua di sana. Selepas ini, nampaknya akulah yang harus memastikan kelangsungan program ini dan terus berhubung dengan badan kebajikan yang menguruskannya.

Berkenaan isu pembakaran mercun dan bunga api terutamanya semasa perayaan CNY, sejak dahulu aku memang agak menentang budaya ini walaupun aku agak suka menyaksikan keindahan bunga api. Alasan aku:

1. pembaziran wang. Setiap letupan mercun atau bunga api menandakan terbakarnya wang. Lagipun harganya tidaklah murah.

2. faktor ketenteraman. Bunyi kuat yang berterusan memang membingitkan telinga dan juga mengganggu ketenteraman kawasan setempat, selalunya memberikan kejutan yang besar. Tahun ini, di Kuching, bunyi letupan bunyi api mengejutkan aku...terasa seolah-olah bunyi bom yang meletup. Aku tidak dapat membayangkan ketakutan yang menghantui diriku sekiranya aku hidup dalam suasana peperangan.

3. faktor keselamatan. Setiap kali musim perayaan, pasti ada kisah tragis akibat bermain mercun atau bunga api, tetapi nampaknya manusia memang tidak serik-serik sehinggalah dirinya sendiri menjadi hero kisah tragis itu. Dalam sambutan CNY di Sabah pada tahun ini, kepala seorang lelaki hancur akibat letupan bunga api yang disangkanya tidak berfungsi.

Kesimpulannya, amalan budaya dan kepercayaan adalah berdasarkan kehendak individu. Kita sendiri yang menentukan kehidupan kita.



1 Feb 2012
8.06am

Wednesday, January 25, 2012

Dakaplah Aku

langit miaoww
menangis dan terus menangis
lebatnya air mata
kedinginan menembus sumsum

hatiku hujan
tkenang si dia yg tcinta
ke manakah harus kucurah
rindu yg mencengkam

dakaplah aku
dengan kasihmu
agar sekujur tubuh ini
tidak terus membeku
dalam sepi

Tun Jugah Mall - Kuching
25 Jan 2012
9.14am

Tuesday, January 17, 2012

andai cinta dosa

Andainya cinta itu dosa
maka akulah manusia yang paling berdosa terhadapmu
dan kerana itu
layaklah kau membenci
rimas
lantas membatukan diri.

Tak perlu keangkuhan itu
hanya untuk membuat aku mengerti
sejak awal kusedar hakikat
engkau merak di kayangan
aku pula gagak yang tersisih.

Apapun yang kurasa
engkau tiada hak menentukan
sekalipun engkau dingin
sebesar bongkah ais di kutub utara
tetap tidak mampu
membekukan perasaanku.

Cacilah aku
sisihkan aku
atau cubalah lenyapkan dirimu dari duniaku
aku tetap dengan rasaku
engkau tidak dapat berbuat apa
muktamad bertakhta dalam hatiku.

Kebisuanmu
keegoanmu
tidak mampu mengalahkan
tulusnya cintaku
dengan bangga
akan kucanang ke seluruh dunia
aku wirawati
tetap tidak mati
biarpun berkali-kali kaubunuh.

Benar, aku bukan pilihanmu
betapa diriku tidak sempurna
namun aku yakin
tiada wanita lain
sedalam cintaku kepadamu.

Siapapun pilihanmu
kudoa engkau berbahagia selamanya
terima kasih
mencintaimu pengalaman terindah hidupku.


16 Jan 2012
22.09pm

Sunday, January 15, 2012

benih cinta

setiap kali terlihat anak-anak
di mana-mana pun
begitu tergoda diri ini
memeluk
mencium
dan mendukung
setidak-tidaknya dengan lirikan mata penuh harapan

anak-anak comel
betapa bahagianya insan bergelar ibu dan ayah
memperoleh buah cinta yang sempurna

setiap kali terpandang wanita berbadan dua
tidak mampu menepis rasa cemburu
alangkah bahagia
andai aku dia

betapa aku ingin
mempunyai benih cinta
dalam rahimku ini


16 Jan 2012
9.01am

aku bukan malaikat

penantian sepi
kecewa terus berlagu
cintaku hanyalah sia-sia
dia tidak mengerti
dia tidak mahu terima
dan kini dia tetap berdiam diri

aku bukan malaikat
yang mulia memberi cinta
aku juga punya keinginan
mendamba cintamu

telah sempurna perkongsian
tiada yang perlu lagi
maka terbanglah engkau
tinggi setingginya
mengejar impianmu
aku yang masih di sini
tetap doa kebahagiaanmu
kesejahteraanmu
kejayaanmu

benar, cinta tidak semestinya bersatu
cinta bererti merelakan engkau memilih jalan hidupmu
sekalipun di jalanmu itu
tiada aku

terima kasih rama-rama
atas kenangan lalu
pernah kucicip nikmat bahagia
masih kupasang angan-angan
namun hakikat meroboh segalanya




15 Jan 2012
6.43am

Saturday, January 14, 2012

syahdunya rasa

sekian lama menaruh sayang
rindu tak berpenghujung
sepi dan sesekali muncul
kini kau tak sudi lagi
ya Tuhan
barulah aku tersedar dari mimpi panjang
aku hanyalah badut
kebodohanku menjadi tawamu
perlukah keangkuhan itu
semata-mata untuk membuat aku mengerti
cintaku ditolak ke tepi
kau tak sudi
dan sepimu kini selama-lamanya



14 Jan 2012
9.54pm

Friday, January 6, 2012

pertemuan

Pertemuan pada 6 Jan 2012 di hadapan sebuah pasar raya kegemaranku telah melerai rindu, melerai persoalan, melerai kegusaran hati...

Syukurlah... Niat hati untuk memberi buku dan hadiah telah terlaksana. Tanpa kuduga, dia rupa-rupanya turut menyediakan hadiah untukku. Aku terima dengan rasa gembira dan mengucap terima kasih.

Pertemuan tidak melebihi 10 minit. Kata-kata diselang sepi bicara, pandangan mata yang bertaut, dan senyuman. Ketika dia harus percaya, kuucap 'bye' tanpa menatap wajahnya lalu melangkah pergi (kuatkan diri untuk tidak menoleh ke belakang) masuk ke dalam pasar raya.

Aku sangka diriku cukup kuat kalau dilihat pada performance diriku ketika berhadapan dengannya. Aku tewas kepada perasaannya yang begitu sebak apabila perpisahan itu harus terjadi. Sambil menggenggam hadiah comel itu (kerongsang mutiara), aku menelefon Z tetapi tidak dapat banyak berkata-kata kerana hujan mulai gugur dan aku tidak mahu empangan pecah di tempat umum.

Dalam rasa gembira, ada juga rasa haru. Terima kasìh kerana dia merealisasikan pertemuan itu. Singkatnya pertemuan kerana dia ada urusan penting, lagipun dia segera datang kerana tidak mahu aku lama tertunggu-tunggu kedatangannya.

Terima kasih atas kesudiannya.


7 Jan 2012
11.56am

Monday, January 2, 2012

first love

Petang semalam aku pasang lagu First Love (nyanyian Utada Hikaru) dan mendengarnya secara berterusan. Lagu kegemaran abe rama2 menjadi lagu kegemaranku juga, selain lagu Jangan Menyerah (D'Masiv) yang pernah dihadiahkan oleh abe rama2 pada bulan Jun 2011.

Nancy kata lagu First Love itu ialah lagu tema bagi drama Jepun, kisah cinta seorang guru dan pelajar lelakinya. Nancy pernah memberitahu aku tentang drama itu.

Lantas aku bertanya tentang pengakhiran kisah drama itu - kisah cinta itu. Nancy kata dia tidak sempat tonton sehingga tamat, tapi rasanya no happy ending.

Sukar untuk dimengerti, tapi kesukaan abe rama2 sudah mula menjadi kesukaanku termasuk warna purple. Aku juga mencintai rama2, apa-apa sahaja, kerana ada tatu rama2 dalam hati - tak akan terpadam, tak akan luput.


3 Jan 2012
6.37am

Sunday, January 1, 2012

Cinderella

Dapat berita buruk daripada keluarga. Memandangkan status diri yang belum berkeluarga, maka aku diharapkan untuk membantu sedangkan aku sendiri pun tiada daya.

Apabila difikir-fikir, ternyata aku sebenarnya tidak layak untuk sesiapa pun. Siapalah yang akan sudi. Aku sendiri pun lebih rela membujang daripada menerima orang yang bukan pilihanku.

Masalahnya, pilihanku itu tidak ditakdirkan untuk diriku. Bukan pesimis, bukan berfikiran negatif... tapi aku sedar prince charming tidak mungkin memilih aku sebagai ratu. Selama-lamanya aku hanyalah cinderella bahagian 1 - berkhidmat untuk keluarga. Tiada babak kedatangan prince charming.

Abe rama-rama ialah prince charming itu yang hanya mampu aku tatap dan puja dari kejauhan.


2 Jan 2012
12.23pm

rama-rama kusayang

Ingatan terhadap rama-rama begitu kuat sekalipun begitu ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini...

Pagi ini mesyuarat guru yang pertama. Ada guru baharu. Ramai guru dah berpindah ke sekolah lain. Perubahan demi perubahan berlaku setiap hari tapi satu perkara tetap sama - rasa sayang akan rama-rama masih begitu mekar...


2 Jan 2012
10.01am

pantas masa berlalu

Pantasnya masa berlalu... Inilah kehidupan. Segala-galanya sekejap cuma.

Andai aku dapat memutar masa, ingin aku kembali ke tahun 2009. Teringat betapa manisnya mesej yang bertalu-talu daripada si dia pada awal perkenalan. Mesej yang begitu kudamba, tapi kini begitu dingin sekali.

Inilah kehidupan... Betapa kaki ini harus melangkah dalam meneruskan hidup biarpun dalam keterpaksaan, dalam kepayahan.

Aku tidak mengerti sama ada peluang itu pernah hadir atau aku sendiri yang perasan tanpa mengukur baju di badan. Bagaimanakah dapat kufahami kata-kata simbolik itu?

Memang benar aku pernah cuba melenyapkan anganku lantas cuba menjauhkan diri. Namun begitu, pada hakikatnya aku masih terus hidup dengan ingatan dan rindu pada setiap hari. Bagaimanakah mungkin aku dapat melupakan rama-rama teristimewa dalam hidupku yang aku julang di takhta hatiku?

Aku hanyalah insan biasa, wanita biasa dengan segala kekurangan diri. Aku sedar aku hanyalah gagak yang mencipta angan untuk menumpang teduh pohon kasihmu. Sekalipun gagak, ia tetap makhluk Tuhan yang punya perasaan dan mahu sebuah kehidupan seperti yang diimpikan.

Adakah bersalah seandainya mencipta impian?

Berdosakah sekiranya jatuh cinta kepada seseorang yang sangat istimewa yang Tuhan hadirkan dalam hidup ini?

Apakah gagak hitam yang hodoh tidak layak untuk mendapat cinta?

Gagak merayu dengan titis air mata:
~ kembalikan hatiku andai kau menolaknya
~ balaslah kasih ini dengan salam persahabatan
~ hiduplah bahagia demi aku
~ ingatlah, aku sentiasa ada tika kau memerlukan

1 Jan 2012
10.42pm